Cheesecakes


Individual Strawberry Cheesecake
                          
                           Bahan-bahan crust:
125g biskut yang dihancurkan
2 sudu besar gula kastor
6 sudu besar (65g) unsalted butter,dicairkan

 Bahan-bahan filling:
225g cream cheese,suhu bilik
2/3-1 cawan (85-125g) gula aising
1 sudu teh ekstrak vanila
8 biji strawberry dipotong + untuk hiasan
4oz cool whip



Cara-cara buat crust:
-Satukan butter,biskut yang telah dihancurkan dan gula dalam mangkuk.Gaul sebati.Sudukan adunan biskut ini ke dalam aluminium foil dan tekan-tekan sikit bagi rata.Sejukkan dalam fridge.
Cara-cara buat filling:
-Masukkan cream cheese,gula aising,vanila dan strawberry dalam blender dan blend hingga sebati.Keluarkan dari blender dan masukkan cool whip dan kacau sebati dengan spatula.Keluarkan crust dari fridge dan scoop cream cheese ini keatas crust tadi.Hiaskan dengan strawberry.Masukkan semula dalam fridge dan sejukkan selama 4 jam.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thecakemerchant



Rose Cheesecake

Bahan-bahan:
200g unsalted butter, suhu bilik
400g biskut
500g cream cheese suhu bilik
300ml heavy cream
1/4-1/2 cawan gula aising,diayak
Pewarna pink
2 sudu besar Perisa rose
Manik hiasan
Meringues
4 keping Gelatin

Cara-cara:
-Blender biskut dan butter hingga menjadi seperti serbuk halus.Tambah perisa rose dan blend lagi.Keluarkan dari blender dan ratakan dalam loyang 20cm.Sejukkan dalam fridge 30 minit.
-Masukkan gelatin dalam semangkuk kecil air sejuk.
-Dalam mangkuk adunan,masukkan cream cheese,gula aising(masukkan 1/4 cawan dahulu),pewarna dan perisa rose.Pukul dengan mixer hingga sebati.Rasa.Jika anda ingin manis lagi boleh tambah gula lagi.
-Masukkan gelatin dalam saucepan dan panaskan dalam 30 saat sehingga gelatin cair.Kemudian masukkan dalam adunan cream cheese.Pukul lagi adunan cream cheese tadi sebentar.
-Masukkan adunan cream cheese kedalam crust yang telah disejukkan tadi.Ratakan dan masukkan dalam fridge.Sejukkan selama beberapa jam.
-Untuk hiasan, tabur manik dan paip meringue.

Resepi dari nectarandstone


Chocolate Brownies Cheesecake

Untuk penggemar cheesecake coklat anda patut mencuba.Gabungan brownies,cheesecake coklat,coklat ganache dan whip cream membuatkan rasa cheesecake coklat ini menjadi amat sedap.



Bahan-bahan Brownies:
1 cawan (225g) unsalted butter, dicairan
1+1/2 cawan (225g) semisweet coklat,dicairkan
1 cawan (200g) gula
1 cawan(200g) gula perang
3/4 cawan (95g) serbuk koko
1/2 sudu besar vanila ekstrak
4 biji telur, gred A
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan (140g) tepung serbaguna

Bahan-bahan lapisan Cheesecake :
675g cream cheese
1 cawan (200g) gula
1 cawan (150g) semisweet coklat, dicairkan
2 sudu besar serbuk koko
1+1/2 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh ekstrak vanila
4 biji telur gred A, suhu bilik
1 cawan sour cream,suhu bilik

Bahan coklat ganache:
3/4 cawan (113g) semisweet coklat
1/3 cawan(80g) heavy cream

Hiasan:
Whip cream
Coklat parut


Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.Alas loyang 9 inci dengan parchment paper.Balut loyang dengan aluminium foil.
-Cara buat brownies: Satukan butter cair dan coklat cair.Kacau sebati.Masukkan gula dan gula perang.Kacau lagi.Masukkan vanila dan telur satu per satu.Putar hingga sebati.Masukkan baking powder, garam dan tepung sikit demi sedikit hingga habis.Kacau hingga sebati.Tuangkan adunan kedalam loyang tadi.Bakar selama 22-24 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.
-Untuk buat lapisan cheesecake: Perlahankan suhu oven 150 celcius.Putar cream cheese dan gula guna mixer hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.Masukkan coklat cair,serbuk koko,vanila dan tepung.Kacau sebati.Tambahkan sour cream dan putar dengan mixer pada kelajuan perlahan.Tuang adunan cheese dalam brownies tadi.Menggunakan kaedah water bath, bakar pada suhu 150 celcius selama 1 jam 30 minit.Apabila sudah masak, biarkan cheesecake didalam oven dalam keadaan pintu oven tertutup selama 20 minit.Selepas 20 minit, buka pintu oven dan biarkan didalam oven selama 30 minit.Keluarkan dari oven dan tanggalkan aluminium foil.Balut cheesecake dan sejukkan dalam fridge selama 5-6 jam atau semalaman.Setelah cheesecake sejuk sepenuhnya, tanggalkan dari spring form pan (loyang).
-Cara buat coklat ganache: Letak coklat dalam mangkuk.Ketepikan.Masukkan heavy cream dalam periuk dan panaskan atas api perlahan.Setelah buih kecil terbentuk alihkan dari atas api.Tuang kedalam coklat dan kacau hingga semua coklat cair dan sebati.Tuang keatas cheesecake tadi.Untuk hiasan, paip whip cream dan tabur coklat parut.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari therecipecritic




Mini Oreo Cheesecake

Bahan-bahan crust:
1+1/2 cawan (125g) serbuk oreo
4 sudu besar (55g) butter,dicairkan

Bahan-bahan cheesecake:
345g cream cheese,suhu bilik
1/3 cawan (70g) gula
1 sudu tdh ekstrak vanila
2 biji telur
1/4 cawan (20g) serbuk oreo + sedikit oreo yang dipecahkan agak besar.

Cara-cara:
-Cara buat crust: Panaskan oven 175 celcius.Dalam mangkuk masukkan serbuk oreo dan butter cair.Gaul sebati.Masukkan 1-2 sudu besar serbuk oreo tadi kedalsm muffin cup.Tekan tekankan crust hingga rata.Bakar 5 minit.Keluarkan dari oven.
-Cara buat cheesecake:Dalam mangkuk adunan,pukul cream cheese menggunakan mixer selama 2-3 minit.Masukkan telur sebiji dan pukul, masukkan lagi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan serbuk oreo dan oreo yang dihancurkan agak besar tadi.Kacau sebati menggunakan spatula.
-Masukkan cheesecake kedalam crust tadi.Tabuf serbuk oreo diatas(jika mahu) dan bakar selama 15-17 minit.Sejukkan dalam fridge 2 jam.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Mini Oreo Nutella Cheesecake

Bahan-bahan oreo crust:
8-9 keping biskut oreo,blender
2 sudu besar butter,dicairkan

Bahan-bahan nutella cheesecake:
6 sudu besar gula
1+1/2 sudu besar tepung gandum
360g cream cheese, suhu bilik
2 biji telur gred A
1/4 cawan (60g) susu
1 sudu teh vanila
1/2 cawan Nutella

Bahan -bahan topping:
Hot fudge
Serbuk oreo

Cara-cara:
-Cara buat oreo crust:Panaskan oven 165 celcius.Blender oreo hingga hancur dan halus.Masukkan dalam mangkuk dan gaul dengan butter cair.Masukkan dalam aluminium foil muffin cup.Tekan bagi rata dan bakar 5 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan.
-Cara buat Nutella cheesecake:Dalam mangkuk adunan masukkan gula,tepung dan cream cheese.Pukul hingga sebati.Masukkan telur,susu dan vanila.Pukul lagi hingga sebati.Masukkan Nutella dan kacau sebati.Masukkan dalam oreo crust tadi.Ketukkan sedikit untuk buang gelembung udara.Bakar selama 20-24 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam fridge.
-Untuk topping(hiasan):Letak hot fudge atas cheese tadi dan tabur oreo crumbs.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog



Mini Funfetti Cheesecake

Mini Funfetti Cheesecake ini amat sesuai dihidang di Birthday Party anak anda.Selain dari saiz yang kecil untuk senang dimakan, tambahan manik hiasan yang berwarna warni membuatkan mini cheesecake ini nampak comel dan menarik.

Mini Funfetti Cheesecake

Bahan-bahan crust:
1 cawan (85g) biskut
1/4 cawan manik hiasan ( sprinkles )
4 sudu besar (55g) butter,dicairkan

Bahan-bahan cheesecake:
450g cream cheese suhu bilik
1/4 cawan (50g) gula
1 sudu teh ekstrak vanila
2 biji telur
1/3 cawan manik hiasan(sprinkles)

Cara-cara:
-Cara buat crust:Panaskan oven 175 celcius.Satukan biskut yang telah hancur bersama butter cair.Kacau sebati.Kemudian masukkan manik hiasan.Kacau lagi.Masukkan dalam muffin cup dan tekankan bagi rata.Bakar selama 5 minit.
-Cara buat cheesecake:Putar cream cheese dengan mixer selama 2-3 minit.Masukkan gula dan ekstrak vanila.Putar hingga sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul lagi hingga sebati.Masukkan manik hiasan dan kacau guna spatula.Masukkan dalam crust tadi dan bakar 15-17 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan.Masukkan dalam fridge dan sejukkan selama 2 jam.Untuk hiasan guna whip cream dan paip atas cheesecake.Tabur manik hiasan.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog



Espresso Cheesecake

Espresso Cheesecake yang sungguh sedap!Oreo crust, cheese berperisa espresso dan disimbahi coklat ganache.


Bahan-bahan cheesecake:
675g cream cheese
3/4 cawan (150g) gula
1 sudu teh ekstrak vanila
1/3 cawan (80g) brewed espresso
3 biji telur

Bahan-bahan crust:
2 cawan (170g) oreo hancur
5 sudu besar (70g) butter, cair

Bahan-bahan coklat ganache:
1/2 cawan (120g) heavy cream
3/4 cawan (113g) coklat masakan

Hiasan:
Mini coklat cip 


Cara-cara:
-Cara buat crust:Panaskan oven 175 celcius.Masukkan biskut dalam blender dan kisar hingga halus.Keluarkan dari blender dan masukkan dalam mangkuk.Masukkan butter cair dan gaul sebati.Masukkan dalam spring form pan saiz 8 inci dan ratakan.Balut pan dengan aluminium foil 3 lapis.Bakar selama 8-10 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.Turunkan suhu oven kepada 165 celcius.
-Untuk buat cheesecake: Masukkan cream cheese dalam mangkuk dan outar guna mixer hingga lembut.Masukkan gula, espresso dan vanila.Kacau lagi.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar.Tuang adunan cheese dalam crust.Menggunakan kaedah water bath bakar selama 60 minit.Apabila sudah masak biarkan sejuk dalam suhu bilik selama 60-90 minit dalam keadaan pintu oven terbuka sedikit.Keluarkan dari oven dan buang aluminium foil dan sejukkan dalam fridge 6 jam atau semalaman.Keluarkan cheesecake dari pan.
-Untuk buat coklat ganache:Masukkan coklat dalam mangkuk.Masukkan heavy cream dalam periuk dan panaskan atas api perlahan hingga terbentuk buih kecil.Alihkan dari atas api dan tuang dalam coklat.Kacau sebati.Biar coklat sejuk sebentar dan tuang atas cheesecake.Tabur coklat cip.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog



Caramel Turtle Cheesecake

Bahan-bahan cheesecake:
675g cream cheese suhu bilik
1/2 cawan (100g) gula
1 sudu teh vanila
3 biji telur
1/2 cawan international delight caramel macchiato creamer

Bahan-bahan crust:
1+1/2 cawan (125g) biskut dihancurkan
5 sudu besar(70g) butter,dicairkan

Bahan sos karamel:
1 cawan (200g) gula
113g butter
1/3 cawan (80g) heavy cream

Bahan-bahan coklat ganache:
3/4 cawan coklat masakan dicincang
1/4 cawan  heavy cream

Pecan untuk tabur atas cheesecake



Cara-cara:
-Cara buat crust:Panaskan oven 175 celcius.Blender biskut hingga hancur.Keluarkan dari blender dan gaul dengan butter cair.Masukkan dalam spring form pan saiz 8 inci.Balut pan dengan aluminium foil.Tekan dan ratakan biskut.Bakar selama 8-10 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.
Turunkan suhu kepada 165 celcius.
-Cara buat cheesecake: Dalam mangkuk putar cheese dengan mixer dalam 2-3 minit.Masukkan gula dan vanila.Pukul lagi hingga sebati.Masukkan creamer dan pukul sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.Tuang dalam crust tadi.Menggunakan kaedah water bath bakar selama 1 jam.Sudah masak buka sedikit pintu oven dan biar kek sejuk dalam oven.Apabila sudah sejuk pada suhu bilik keluarkan dari oven dan tanggalkan aluminium foil.Masukkan dalam fridge dan sejukkan selama 6 jam atau semalaman.
-Cara buat sos karamel: Dalam periuk masukkan butter dan gula.Masak atas api perlahan sambil kacau sehingga buih kecil terbentuk.Alihkan dari atas api dan masukkan heavy cream.Kacau sebati.
-Untuk buat coklat ganache: Masukkan heavy cream dalam periuk dan panaskan atas api perlahan hingga buih kecil terbentuk.Alihkan dari atas api dan masukkan kedalam mangkuk  yang berisi coklat.Kacau hingga semua coklat cair dan sebati.
-Apabila coklat sudah sejuk simbah atas cheesecake.Kemudian drizzle dengan sos karamel.Tabur pecan atas coklat ganache.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Mini Chocolate Cheesecake

Bahan-bahan crust:
1 cawan (85g) biskut 
3 sudu besar butter, dicairkan

Bahan-bahan cheesecake:
345g cream cheese, suhu bilik
1/4 cawan (50g) gula
1 sudu teh ekstrak vanila
2 biji telur
3/4 cawan (113g) semisweet coklat ,dicairkan


Cara-cara:
-Cara buat crust:Panaskan oven 175 celcius.Satukan biskut yang telah dihancurkan dengan butter.Kacau sebati.Masukkan dalam muffin cup.Ratakan dan bakar selama 5 minit.Keluarkan dari oven bila sudah masak.
-Cara buat cheesecake: Putar cheesecake guna mixer selama 2-3 minit.Masukkan gula dan vanila dan pukul lagi.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.Masukkan coklat yang telah dicairkan dan kacau guna spatula.Masukkan dalam crust tadi dan bakar selama 15-17 minit.Keluarkan dari oven.Sejukkan dalam fridge selama 2 jam.Untuk hiasan paip whip cream dan letak hirisan strawberry atau apa saja yang anda suka seperti coklat cip.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Mini Carrot Cake Cheesecake

Bahan-bahan crust:
1/2 cawan (40g) biskut
2 sudu besar (30g) butter,dicairkan

Bahan-bahan carrot cake cheesecake:
120g cream cheese,suhu bilik
1 biji telur,suhu bilik
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 biji carrot saiz sederhana, dipotong kulit dan diparut
1/4 sudu teh cinnamon
1/8 sudu teh buah pala
1/8 teh serbuk halia
1/8 sudu teh garam

Bahan-bahan cream cheese frosting:
60g cream cheese, suhu bilik
1 sudu besar butter,suhu bilik
1 cawan (125g)  gula aising
1/4 sudu teh vanila
1/2 sudu teh jus lemon
Hiasan: Kelapa parut yang disangai sekejap(optional)

Cara-cara:
-Cara buat crust:Panaskan oven 175 celcius.Susun foil baking cup dalam muffin pan.Dalam bekas, campurkan biskut yang hancur bersama butter cair.Kacau sebati.Masukkan dala foil dan tekan sikit.Bakar selam 6-7 minit.
-Cara buat carrot cake cheesecake: Menggunakan mixer, putar cream cheese dan gula hingga kembang dalam masa 4 minit.Masukkan telur dan putar lagi.Masukkan tepung,vanila,carrot,cinnamon,nutmeg,garam dan gula.Kacah sebati.Tuang dalam crust.Bakar selama 10-12 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam fridge 30 minit.
-Cara buat cream cheese frosting: Putar cream cheese,gula,vanila,jus lemon dan butter hingga berkrim.Paip atas cheesecake.Untuk hiasan tabur kelapa parut.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Chocolate Cherry Cheesecake

Coklat Ceri Cheesecake ialah gabungan dari cheese yang dicampur ceri dan disimbahi dengan coklat ganache.



Bahan - bahan cheesecake:
1/2 cawan (100g) gula
 1 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan international delight sweet cream creamer
3 biji telur
1 cawan (140g) ceri segar dipotong

Bahan-bahan crust:
1+1/2 cawan (125g) biskut
5 sudu besar (70g)  butter

Bahan-bahan coklat ganache:
1/4 cawan (60g) heavy cream
3/4 cawan (113g) coklat masakan

Hiasan:
Mini coklat cip
Ceri segar

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.Masukkan biskut dalam blender dan blend hingga hancur.Masukkan dalam mangkuk dan gaul dengan butter hingga sebati.Masukkan dalam 8 inci spring form pan dan ratakan.Balut pan dengan aluminium foil 3 lapis.Bakar selama 8-10 minit.
-Cara buat cheesecake: Alihkan pan dari oven dan sejukkan.Turunkan suhu oven kepada 165 celcius.Dalam mangkuk pukul cream cheese selama 2-3 minit.Masukkan gula dan vanila dan pukul lagi.Masukkan creamer dan pukul sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.Masukkan ceri yang telah dicincang dan kacau dengan spatula.Tuang adunan cheese dalam crust dan bakar selama 60 minit melalui kaedah waterbath.Apabila sudah masak buka pintu oven sedikit dan biar cheesecake sejuk dalam oven.Anggaran masa 60-90 minit.Apabila sudah sejuk, keluarkan dari oven dan tanggalkan aluminium foil.Sejukkan dalam fridge 6 jam atau semalaman.
-Cara buat coklat ganache: Masukkan coklat dalam mangkuk dan ketepikan.Masukkan heavy cream dalam periuk dan masak atas api perlahan sehingga buih kecil terbentuk.Alihkan dari atas api dan tuang dalam coklat.Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya dan sebati.Biarkan sejuk seketika dan simbab atas cheesecake.Untuk hiasan tabur coklag cip dan ceri segar.

Resepi dari thefirstyearblog



Mini Snickers Cheesecake

Bahan- bahan crust:
1+1/2 cawan (125g) biskut
4 sudu besar(55g) butter,dicairkan

Bahan - cheesecake:
450g cream cheese, suhu bilik
1/3 cawan (70g) gula
1 sudu teh ekstrak vanila
2 biji telur
1/2 cawan snickers yang dicincang + untuk hiasan



Cara-cara:
-Untuk buat crust: Gaul sebati biskut yang telah dihancurkan bersama butter cair.Masukkan dalam muffin cup, ratakan.Bakar dengan suhu oven 175 celcius selama 5 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan.
-Untuk buat cheesecake:Putar cream cheese dengan mixer selama 2-3 minit.Masukkan gula dan vanila.Putar lagi.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.Masukkan snickers yang telah dihancurkan.Kacau guna spatula.Masukkan dalam crust dan bakar selama 15-17 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam fridge selama 2 jam.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


White Chocolate Strawberry Cheesecake

Bahan-bahan Cheesecake:
12 oz coklat cip putih
1/2 cawan (120g) heavy cream
225g cream cheese, suhu bilik

Bahan-bahan crust:
4 sudu besar (55g) butter
7 keping biskut

Red chocolate drizzle:
2/3 cawan (100g) coklat putih
1 sudu besar shortening
1+1/2 sudu besar gula aising
Pewarna merah

Hiasan:
12 biji strawberry
Cool whip

Cara-cara:
-Cara buat crust:Dalam blender, blend biskut hingga hancur.Sudah hancur keluarkan dan gaul dengan butter cair hingga sebati.Masukkan dalam foil.Sejukkan dalam fridge selama 15 minit.
-Cara buat cheesecake:Masukkan heavy cream dalam periuk dan masak atas api perlahan.Masukkan coklat putih dan kacau hingga coklat cair sepenuhnya.Alihkan dari atas api dan biarkan coklat sejuk.
-Putar cream cheese dengan coklat putih yang sudah sejuk tadi hingga berkrim.Masukkan cheese ini kedalam crust tadi.Sejukkan dalam fridge selama 2 jam.
-Untuk buat red chocolate drizzle: Cairkan coklat putih bersama shortening guna kaedah double boiler.Masuk pewarna merah.Kacau sebati.Drizzle atas cheesecake.Paipkan whip cream dan hias hirisan strawberry.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog



Mini Chocolate Strawberry Cheesecake

Bahan-bahan cheesecake:
12 foil baking cups
2/3 cawan biskut coklat atau oreo tanpa cream
360g cream cheese suhu bilik
2/3 cawan (135g) gula
2 sudu teh vanila
1/4 cawan (25g) serbuk koko
1 biji telur
1 biji telur putih
28g bittersweet atau semisweet coklat masakan

Bahan-bahan topping:
Hot fudge
Hirisan strawberry



Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Letakkan foil baking cup dalam muffin pan.Masukkan biskut yang telah dihancurkan kedalam setiap foil baking cup.Tekankan sedikit.
-Dalam mangkuk, pukul cream cheese dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga berkrim.Masukkan gula dan vanila.Pukul lagi.Masukkan serbuk koko.Kemudian masukkan telur dan telur putih.Putar hingga sebati.Masukkan coklat cair dan kacau sebati.
- Sudukan kedalam setiap crust tadi dan bakar selama 28-32 minit.Sejukkan dalam fridge 2 jam.
-Untuk hiasan letak hot fudge dan hirisan strawberry.

Resepi dari thefirstyearblog


Classic Cheesecake

Bahan-bahan crust:
1+1/2 cawan (125g) biskut dihancurkan
1/4 cawan (55g) gula perang
1/4 sudu teh cinnamon
6 sudu besar (85g) butter, dicairkan

Bahan-bahan cheesecake:
675g cream cheese suhu bilik
1 cawan (200g) gula kastor
1 sudu teh ekstrak vanila
3 biji telur


Cara-cara:
-Cara buat crust: Panaskan oven pada suhu 175 celcius.Masukkan biskut dalam blender dan kisar hingga biskut hancur.Masukkan biskut yang telah hancur kedalam mangkuk.Masukkan butter cair dan gaul sebati.Masukkan dalam spring form pan saiz 8 inci.Balut dasar dan tepi pan dengan aluminium foil sebanyak 5 lapis.Ini bagi mengelakkan dari air masuk kedalam pan semasa proses waterbath nanti.Ratakan biskut.Bakar selama 8-10 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan pada suhu bilik.
-Cara buat cheesecake:Panaskan oven pada suhu 165 celcius.Putar cream cheese selama 2-3 minit.Masukkan gula dan vanila dan putar lagi hingga sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.Tuang adunan cheese kedalam crust yang telah sejukkan tadi.Menggunakan kaedah water bath bakar cheesecake selama 60 minit.Apabila sudah masak buka sikit pintu oven dan biarkan kek sejuk didalam oven selama 60-90 minit.Apabila sudah sejuk, keluarkan dari oven dan tanggalkan aluminium foil.Sejukkan dalam fridge selama 6 jam atau semalaman.Setelah cheesecake sejuk , tanggalkan dari pan.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog





Strawberry Cheesecake Brownies

Bahan-bahan Brownies:
1 cawan (113g) unsalted butter,suhu bilik
1/2 cawan (100g) gula halus
1/2 cawan gula perang
2 biji telur gred A
1 sudu teh ekstrak vanila
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko

Bahan-bahan Cheesecake:
225g cream cheese,suhu bilik
1/4 cawan gula halus
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh ekstrak vanila
2 sudu besar jem Strawberry



Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.Grease loyang 8x8 inci.
-Dalam mangkuk masukkan butter dan pukul sampai berkrim.Kemudian masukkan gula halus dan gula perang.Pukul hingga kembang.Masukkan vanila dan telur.Pukul sebati.
-Masukkan tepung, serbuk koko,dan garam.Pukul hingga sebati.Tuang dalam loyang.
-Bakar selama 12-15 minit.
-Dalam bekas lain masukkan cream cheese.Putar hingga berkrim.Masukkan gula, telur dan ekstrak vanila.Putar dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga berkrim.Tuang adunan cheese keatas adunan brownies yang separuh masak tadi.Swirl jem Strawberry.Bakar selama 20 minit.Biar sejuk selama 2-3 jam.

Resepi dari therecipe critic





Comments

Popular Posts