Oreo Balls

Turtle Oreo Balls

Oreo Acorn Balls

Bahan-bahan:
1 paket biskut oreo perisa peanut butter
225g cream cheese,suhu bilik
1 sudu besar shortening
Milk coklat
Coklat sprinkles
Pretzel stick,dipatahkan

Cara-cara:
-Masukkan biskut oreo dalam blender dan kisar hingga hancur.Masukkan cream cheese dalam biskut oreo yang telah hancur dan gaul sebati.Scoop dalam sebesar 1 sudu besar dan bentukkan seperti acorn.Susun atas tray dan masukkan dalam fridge selama 1 jam.Sementara itu,masukkan shortening dan coklat dalam bekas dan cairkan guna kaedah double boiler.Keluarkan acorn dari fridge dan celupkan acorn tadi dalam coklat cair dan susun semula atas tray.Biarkan coklat mengeras dalam suhu bilik.Untuk letak coklat sprinkle, celup sikit bahagian atas acorn dalam coklat dan tabur sprinkle.Manakala Pretzel yang sudah dipatahkan tadi celup sikit dalam coklat dan cucuk bahagian atas acorn.
-Sedia dinikmati.
-Simpan dalam bekas dan sejukkan dalam fridge.

Resepi dari thefirstyearblog


Candy Cane Oreo Balls

Bahan-bahan:
1 paket oreo ( apa-apa perisa )
225g cream cheese, suhu bilik
Coklat masakan putih
1 sudu besar shortening
Manik merah

Bahan white royal icing:
2 cawan (250g) gula aising
1 sudu besar serbuk meringue
2.5 sudu besar air

Cara-cara:
-Masukkan oreo dalam blender dan kisar halus.Masukkan cream cheese dalam oreo yang sudah dikisar tadi dan pukul hingga sebati.Apabila sudah sebati, lapik dulang dengan wax paper dan ratakan bancuhan oreo tadi.Guna pemotong biskut dan terap ikut acuan yang disukai.Susun atas dulang yang dilapik dengan wax paper.Sejukkan dalam fridge selama 1 jam.
-Sementara itu, satukan coklat putih dan shortening dalam bekas dan cairkan guna kaedah double boiler.
- Keluarkan oreo yang sudah diterap tadi dan celup dalam coklat putih cair.Susun aras rak.Biarkan coklat keras dalam suhu bilik.
-Cara penyediaan royal icing:Satukan serbuk meringue,gula aising dan air dalam bekas.Kacau selama anggaran masa 7-10 minit.Pastikan anda mendapat kepekatan yang boleh untuk drizzle atas oreo tadi.Jika terlalu pekat tambah sesudu teh air sehingga mencapai kepekatan yang sesuai.Masukkan dalam piping bag dan drizzle atas oreo tadi.Tabur manik merah atau apa sahaja hiasan yang anda suka.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Comments

Popular Posts