Cookies dan Biskut


Bercerita pasal biskut ni memang Liza suka buat biskut.Dulu sesibuk mana pun Liza akan buat biskut untuk di Hari Raya.Memang berbaloi buat sendiri ni.Disamping minat yang mendalam dalam membuat biskut.Belajar dan terus belajar untuk menghasilkan biskut yang sedap.
Disini Liza kongsikan beberapa biskut yang bagi Liza agak sedap dan mempunyai kelainan yang tersendiri.

The Softest Shortbread Cookies

Biskut yang cair dimulut.Untuk menambahkan lagi rasa biskut yang sedap, bolehlah dicelup ke dalam coklat.Tips untuk menghasilkan biskut yang sedap guna butter dan coklat yang berkualiti.

Bahan-bahan:
-170g butter,suhu bilik.
-1/2 cawan(100 g) gula
-1 +1/2 sudu teh ekstrak vanila
-1+3/4 cawan tepung gandum
-1/2 sudu besar tepung jagung
-Secubit garam.
Bahan coklat untuk salut biskut:
-1 cawan semi sweet coklat cip atau milk coklat.
-2 sudu teh minyak sayur atau minyak kelapa.

Cara-cara:
-Didalam mangkuk,pukul butter dan gula hingga sebati.Tambahkan ekstrak vanila.
-Masukkan tepung jagung,garam dan tepung gandum dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga membentuk doh.
Nota: Jika doh terlalu kering mungkin anda telah memasukkan terlebih tepung atau kurang butter.Jadi boleh tambah 1-2 sudu besar butter untuk menghasilkan doh yang lembut.
-Bentukkan jadi doh yang besar dan balut dengan plastik wrap.Masukkan dalan fridge selama 30 minit sehingga 1 jam.
-Panaskan oven kepada 170 celcius.
-Canaikan doh dan roll dalam 1/2 inci tebal.Terap dengan acuan bulat dan letak dalam baking sheet.Tabur kat atas biskut sedikit gula.Bakar 15-18 minit.Perhatikan jika hujung biskut nampak warna kekuningan dah boleh angkat.
-Sejukkan biskut atas cooling rack.Sudah sejuk boleb simpan dalam resealable beg sementara anda menyediakan coklat.
-Didalam mangkuk yang tahan panas(microwave safe bowl), letak coklat dan minyak dan masukkan dalam microwave selama 30 saat.Dalam 15 saat keluarkan dan kacau.Kemudian masukkan semula.Selepas 15 saat keluarkan dan kacau.Bolehlah celup cookies tadi kedalam coklat.
-Biarkan coklat sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari thefirstyearblog


Twix Thumbprint Cookies

Keenakan biskut yang ditambah dengan karamel ditengah.

Bahan-bahan cookies:
150 g butter
1/2 cawan (100g) gula
2 biji telur kuning 
1 sudu teh vanila
1+1/2 cawan (210g) tepung serbaguna

Bahan-bahan karamel:
3 sudu besar heavy cream
Coklat karamel

Bahan coklat drizzle:
150g milk chocolate

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.
-Didalam mangkum adunan satukan butter,gula,kuning telur dan vanila.Pukul dengan kelajuan sederhana sambil kaup balik sehingga berkrim.
-Tambah tepung dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga sebati.Jadikan doh dan balut dengan plastik wrap.Sejukkan dalam fridge paling kurang 1 jam.
-Keluarkan dari fridge,ambil sedikit bentukkan bulat dalam sebesar 1 inci.Susun dalam dulang dengan jarak 2 inci.
-Kemudian tekan dengan ibu jari atau sudu cookies yang sudah dibentuk bulat tadi.
-Bakar selama 7-10 minit atau sehingga biskut keperangan.Angkat dan sejukkan atas redai.
-Untuk buat karamel,cairkan coklat karamel bersama heavy cream didalam microwave.Kacau setiap 30 saat dan keluarkan dari microwave bila dah elok cair karamel.
-Isikan dalam cookies yang sudah dibentuk lubang tadi.
-Untuk milk coklat tadi cairkan dalam microwave.Sekali sekala kacau sehingga semua coklat sudah cair dan keluarkan dari microwave.
-Masukkan coklat cair dalam piping bag.Potong hujung sikit saja kemudian drizzle atas cookies tadi.
-Dah siap boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari therecipecritic


Peanut Butter Turtle Thumbprint Cookies

Bahan-bahan cookies:
1 cawan (250g) peanut butter
1/2 cawan(110g) butter,suhu bilik
1/2 cawan(110g) gula perang
1/3 cawan(70g) gula
1 biji telur
1 sudu teh vanila
1 + 1/2 cawan(210g) tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan Karamel:
115g coklat karamel
3 sudu besar susu
1/2 cawan(70g) coklat cincang
1/4 cawan kacang tanah dicincang kasar

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.Alas loyang dengan kertas minyak.
-Didalam mangkuk satukan peanut butter,butter dan gula.Putar dengan mixer sehingga berkrim.
-Masukkan telur dan vanila.Pukul hingga sebati.
-Masukkan tepung,baking soda dan garam.Kacau sebati menggunakan spatula.
-Bentuk bulat sebesar 1 inci dan susun dalam dulang pembakar dengan jarak 2 inci.
-Tekan tengah cookies dengan ibu jari atau sudu.Bakar selama 8-10 minit atau sehingga perang.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Sementara cookies sejuk,didalam periuk kecil satukan susu dan karamel.Masak dengan api perlahan sambil kacau sehingga karamel cair.
-Sudukan karamel kedalam cookies yang sudah dibuat lubang tengah tadi.
-Untuk membuat coklat drizzle cairkan coklat.Letak coklat dalam mangkuk tahan panas dan masukkan dalam microwave.Sekali sekala kacau sehingga semua coklat cair.
-Masukkan coklat dalam piping bag dan potong hujung sedikit saja.
-Drizzle atas cookies.Terus tabur kacang tanah yang telah dicincang tadi.
-Simpan cookies dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari therecipecritic


Red Velvet Sandwich Cookies

Red Velvet Cookies ini ditambah dengan cream cheese filling.

Bahan-bahan Cookies:
2+1/4 cawan(315g) tepung serbaguna
2+1/2 sudu besar serbuk koko
1+1/2 sudu teh tepung jagung
3/4 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
7 sudu besar(100g) butter,suhu bilik
6 sudu besar shortening
1+1/2 cawan(300g) gula
1 biji telur
1 biji telur kuning
1+1/2 sudu teh cuka masakan
1+1/2 sudu teh vanila
1 sudu besar + 1/2 sudu teh pewarna merah

Bahan-bahan Cream Chesese Filling:
8 sudu besar(115g) unsalted butter,suhu bilik
4oz(112g) cream cheese,suhu bilik
Secubit garam
2 sudu teh vanila
2 cawan (250g) gula aising
Susu(jika perlu)

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.
-Satukan tepung,serbuk koko,tepung jagung,baking soda dan garam.Ketepikan.
-Didalam mangkuk pukul butter,shortening dan gula dengan mixer hingga kembang dan bertukar warna putih dalam masa 4 minit.
-Tambah cuka,vanila dan pewarna.Pukul hingga sebati.Dengan kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
-Bentukkan bulat seperti bola dan susun atas dulang pembakar.Bakar selama 8-9 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Untuk buat cream cheese filling,satukan butter dan cream cheese dan pukul hingga sebati.Tambahkan gula aising dan vanila.Putar lagi hingga sebati.Jika terlalu likat masukkan susu sehingga capai kepekatan yang disukai.
-Sapukan cheese pada biskut dan cantumkan biskut jadikan seperti sandwich.
-Sedia dinikmati.

Resepi diambil dari therecipe critic


Chocolate Chocolate Chip Cookies

Kenapa diberi nama Chocolate Chocolate Chip Cookies?Sebab biskut ini terdapat banyak coklat.

Bahan-bahan:
450 g bittersweet atau semisweet coklat-dicincang
60g butter
70g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
4 biji telur gred A,suhu bilik
350 g gula
1/2 sudu teh ekstrak vanila
320 g bittersweet atau semisweet coklat dicincang atau coklat cip
140g walnuts/pecans/almonds dicincang kasar

Cara-cara:
-Menggunakan kaedah double boiler, cairkan butter bersama 450g coklat.Kacau sehingga semua coklat larut.Alihkan mangkuk dari api.Ketepikan.
-Didalam mangkuk lain sebatikan tepung, baking powder dan garam.Ketepikan.
-Putar telur, gula dan vanila dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim seperti ribbon terbentuk selama 5 minit.
-Dengan kelajuan perlahan, masukkan coklat cair dalam adunan telur.Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit.Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan coklat cincang/coklat cip dan kekacang.
-Panaskan oven 180 celcius.
- Cedok guna sudu dan susun atas dulang pembakar yang dialas kertas minyak.Jarakkan.Bakar selama 10-12 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
- Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari DavidLebovitz

Double Funfetti Shortbread Cookies

Bahan-bahan:
113g butter-suhu bilik
39g gula aising
1 sudu teh ekstrak vanila
1/2 sudu teh ekstrak almond(optional)
1 cawan(140g) tepung serbaguna
1/3 cawan(58g) sprinkles + tambahan untuk hiasan atas cookies
113g coklat putih untuk salutan pada biskut

Cara-cara:
-Dengan mixer pukul butter dan gula aising hingga berkrim dengan kelajuan sederhana dalam anggaran 3 minit.Masukkan vanila dan ekstrak almond(jika suka) dan pukul sekejap.Dengan kelajuan perlahan masukkan tepung dan pukul sebati dan jangan terlebih pukul.Masukkan sprinkles dan gaul guna tangan.
-Canaikan doh dengan ketebalan doh 1/4 inci dan balut dengan plastik wrap.Sejukkan dalam fridge selama 2 jam.
-Panaskan oven 160 celcius.
-Keluarkan doh yang telah dicanai tadi.Potong bentuk 4 segi dan susun atas dulang pembakar yang telah dialas kertas minyak dan bakar selama 18-20 minit atau hingga keperangan.Dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Cairkan coklat putih dalam microwave.Masukkan coklat putih dalam mangkuk tahan panas dan masukkan dalam microwave.Sekali sekala kacau hingga semua coklat cair.
-Celup cookies dalam coklat cair dan tabur sprinkles.
-Setelah coklat keras masuk dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari thecakemerchant


Chocolate Chip Shortbread Cookies

Bahan-bahan:
226g butter-suhu bilik
2/3 cawan(85g) gula aising
1/2 sudu teh ekstrak vanila
2 cawan (280g) tepung serbaguna
3/4 cawan (113g) mini coklat cip

Cara-cara:
-Menggunakan mixer,pukul butter dan gula aising dengan kelajuan sederhana dalam masa 3 minit hingga berkrim.Masukkan ekstrak vanila dan pukul lagi hingga sebati.
- Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dalam adunan butter tadi.Pukul sebati sekejap saja jangan terlebih pukul.Masukkan coklat cip dan gaul guna tangan hingga membentuk doh.
-Balut doh yang telah dicanai dengan ketebalan 1/4 inci dengan plastik wrap dan sejukkan dalam fridge selama 2 jam.
-Panaskan oven 160 celcius.
-Keluar dari fridge dan potong cookies bentuk 4 segi.
-Bakar selama 18-20 minit atau hingga keperangan.Angkat dan sejukkan atas redai.
-Setelah sejuk sepenuhnya simpan dam bekas kedap udara.

Resepi dari thecakemerchant

Bahan yang digunakan untuk buat oatmeal butterscotch cookies

Butterscotch cip dan rolled oats (bukan quick oats)

Setelah scoop adunan menjadi bulat


Oatmeal Butterscotch Cookies

Bahan-bahan:
3/4 cawan(180g) butter,suhu bilik
3/4 cawan (150g) gula
3/4 cawan(170g) gula perang
2 biji telur gred A
1 sudu teh ekstrak vanila
1+1/4 cawan (175g) tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk cinnamon
3/4 sudu teb garam
3 cawan(240g) rolled oats
1+1/2 cawan(225g) butterscotch cip

Cara-cara:
-Panaskan oven 190 celcius.
-Putar gula dan butter hingga berktim.Masukkan telur dan vanila dan putar lagi hingga sebati.
- Didalam mangkuk lain masukkan tepung,bakinv soda,cinnamon dan garam.Kemudian masukkan dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.Akhir sekali masukkan oats dan butterscotch cip.
- Scoop bentuk bulat dan susun atas dulang pembakar.Jarakkan adunan.
- Bakar 10-11 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam 5 minit atas dulang sebelum dialih atas redai.
-Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari bakingbites.com

Buttercream-Ombre

Buttercream ini digunakan untuk disapu pada Ombre Cookies.

Bahan-bahan
2 sudu besar susu
339g unsalted butter
1/2 sudu teh ekstrak vanila
1 pound (454g) gula aising-diayak
Secubit garam
Pewarna makanan

Cara-cara:
-Pukul butter dengan kelajuan tinggi hingga berkrim dan putih lebih kurang 2 minit.Perlahankan mixer pada kelajuan sederhana dan tambah gula aising 1/2 cawan dan pukul lagi.Tambah lagi setiap 1/2 cawan gula aising dan putar hingga sebati hingga habis gula aising.Tambah vanila , garam dan susu.Putar sehingga buttercream sebati.
- Bahagikan kepada beberapa mangkuk ikut warna yang disukai.
-Sedia disapu atas biskut.


Ombre Cookies

Biskut ini pasti menjadi kegemaran kanak-kanak jika dihidangkan di majlis hari jadi mereka.

Bahan-bahan:
2 cawan (280g) tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
113g unsalted butter, suhu bilik
1 cawan(200g) gula
1 biji telur gred A
1 sudu teh ekstrak vanila
Buttercream(resepi seperti diatas)

Cara-cara:
-Satukan tepung,garam dan baking powder dalam mangkuk.
-Didalam mangkuk lain menggunakan mixer putar butter dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan vanila.Putar lagi.
-Perlahankan kelajuan mixer masukkan tepung demi sedikit.Pukul hingga sebati.
-Bahagikan doh kepada 2 dan balut dengan plastik wrap.Sejukkan dalam fridge 20 minit.
-Panaskan oven 160 celcius.Alas dulang pembakar dengan kertas minyak.
-Keluarkan 1 doh dari fridge.Biarkan diluar selama 10 minit.Kemudian canai dan terap dalam ketebalan 1/8 inci ikut acuan yang disukai.
-Sudah terap alihkan atas dulang pembakar guna spatula.Bakar selama 10-18 minit atau hingga keperangan.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.Sudah sejuk sedia disapu dengan buttercream.

Resepi diambil dari marthastewart



German Chocolate Thumbprint Cookies

Bahan-bahan cookies:
1/2 cawan (110g) butter,suhu bilik
2/3 cawan(135g) gula
1 sudu teh ekstrak vanila
1/4 sudu teh garam
1 biji telur gred A,suhu bilik
2 sudu besar susu
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/3 cawan(40g) serbuk koko
1+1/4 cawan(175g) - 1+2/3 cawan(233g) tepung serbaguna

Bahan-bahan Frosting:
1/2 cawan(120g) heavy cream
1/4 cawan(60g) unsalted butter
1/3 cawan(75g) gula perang
1/2 cawan(50g) serbuk kelapa 
1 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan(60g) pecan dicincang

Bahan-bahan coklat drizzle:
1 cawan (150g) semisweet coklat

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.Alas dulang pembakar dengan kertas minyak.
-Didalam mangkuk satukan butter,gula,garam dan vanila.Pukul dengan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.Jangan terlebih pukul.
-Masukkan telur dan susu.Pukul lagi sambil itu kaup balik adunan.
-Pada kelajuan perlahan masukkan tepung jagung,baking powder,serbuk koko dan 1+1/4 cawan tepung.Kaup balik adunan.Teruskan tambah tepung 1 sudu besar( untuk setiap kali tambah) sehingga terbentuk doh yang tidak melekat pada mangkuk.
Nota:Tidak perlu dihabiskan semua tepung.
-Bentukkan doh jadi bulat sebesar 1 inci dan susun dalam dulang pembakar dengan jarakkan adunan 2 inci.
-Tekan tengah cookies dengan ibu jari atau guna sudu.Bakar selama 9-10 minit atau hingga nampak cookies keperangan.
-Keluarkan dari oven dan biar dalam dulang pembakar dalam 5 minit sebelum diletak atas redai.Sejukkan atas redai.
-Untuk membuat frosting,satukan heavy cream,gula perang dan butter didalam periuk kecil dan masak dengan api perlahan.Masak sehingga nampak buih kecil dan pekat seperti karamel(dalam 6-7 minit).Jangan sentiasa kacau.Nanti tak pekat.Alihkan dari api, masukkan kelapa kering dan pecan.Biarkan sejuk.
-Isikan frosting dalam cookies yang telah dibuat lubang tadi.
-Cairkan coklat masakan.Masukkan coklat kedalam mangkuk tahan panas.Panaskan dalam microwave.Sekali sekala kacau hingga semua coklat cair.Isikan dalam piping bag dan potong hujung beg sedikit saja.Drizzle atas cookies.
- Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari therecipecritic


Chocolate Mint Sandwich Cookies

Bahan-bahan Cookies:
1 cawan (125g) serbuk koko
1/2 cawan (65g) + 2 sudu besar tepung serbaguna
1/2 cawan(113g) butter, suhu bilik
1 biji telur gred A,suhu bilik
1/2 cawan(100g) gula

Bahan-bahan untuk coklat ganache:
1/4 cawan (60g) heavy cream
150g semisweet coklat-dicincang
3/4 sudu teh ekstrak peppermint

Bahan untuk salutan cookies:
150g semisweet coklat-dicincang

Cara-cara:
- Campurkan serbuk koko dan tepung dalam mangkuk.
-Dalam mangkuk lain putar butter dan gula dengan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga putih berkrim dalam 3 minit.Tambahkan telur dan pukul lagi hingga sebati.Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan adunan tepung.Pukul hingga sebati menjadi doh.Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan balut dengan plastik wrap dan sejukkan dalam fridge selama 1 jam atau semalaman.
-Panaskan oven kepada 170 celcius.Keluarkan doh darj fridge dan canaikan dengan ketebalan 1/8 inci.Terap dengan acuan bulat dan susun dalam dulang pembakar yang sudah dialas kertas minyak.Bakar selama 10-12 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Untuk sediakan coklat ganache, masukkan heavy cream dan ekstrak peppermint dalam periuk dan masak atas api perlahan hingga terbentuk buih kecil.Masukkan coklat masakan dan kacau hingga semua coklat cair.Alihkan dari api dan sejukkan dalam 10-15 minit.Scoop 1 teaspoon coklat dan sapu atas cookies.Cantumkan dengan satu lagi cookies membentuk seperti sandwich.
-Untuk salutan coklat, cairkan coklat dengan masukkan dalam mangkuk yang tahan panas dan masukkan dalam microwave.Sekali sekala kacau hingga semua coklat cair.Simbah coklat ini atas sandwich cookies tadi.Masukkan dan sejukkan dalam fridge.
- Setelah coklat sudah keras boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari marthastewart


White Chocolate Cherry Cranberry Cookies

Bahan-bahan:
1+1/2 cawan(210g) tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan (110g) butter, suhu bilik
1/2 cawan(110g) gula perang
1/3 cawan(70g) gula
1 biji telur
1 sudu teh vanila
1/4 sudu tek ekstrak almond
1/2 cawan(75g) coklat cip putih
1/3 cawan(50g) ceri kering
1/3 cawan (50g) cranberries kering

Cara-cara:
-Panaskan oven 160 celcius.Alas dulang pembakar dengan kertas minyak.
-Didalam mangkuk satukan tepung,baking soda dan garam.Ketepikan.
-Didalam mangkuk lain satukan butter dan gula.Pukul sehingga berkrim dan kembang.Tambah telur,ekstrak vanila dan ekstrak almond.Pukul hingga sebati.
-Kemudian masukkan adunan tepjng tadi sikit demi sedikit sehingga sebati.Masukkan coklat cip putih,ceri dan cranberries.Kacau sebati.
-Scoop sebesar 1 sudu besar dan bentuk bulat.Susun atas dulang pembakar.Jarakkan adunan 2 inci.Bakar sehingga 15-20 minit atau sehingga keperangan.
-Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari therecipecritic


Turtle Cookies

Cookies coklat yang sedap disalut pecan dan diisi caramel.

Bahan-bahan biskut:
1 cawan(140g) tepung serbaguna
1/3 cawam(40g) serbuk koko
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan(110g) butter,suhu bilik
2/3 cawan (135g) gula
1 biji telur gred A(asingkan putih dan kuning) + 1 biji telur putih
2 sudu besar susu
1 sudu teh ekstrak vanila
1+1/4 cawan(150g) pecan dicincang

Bahan-bahan Karamel:
Coklat Karamel
3 sudu besar heavy cream

Bahan coklat drizzle(optional):
50 g semi sweet coklat
1 sudu teh shortening

Cara-cara:
-Didalam mangkuk adunan,satukan serbuk koko,tepung dan garam.Letak sebelah.
-Didalam mangkuk adunan lain satukan butter dan gula.Pukul dengan mixer dengan kelajuan tinggi selama 2 minit sehingga kembang.Tambahkan telur kuning,susu dan vanila.Pukul lagi hingga sebati.Kurangkan kelajuan kepada perlahan dan tambah adunan tepung tadi.Jadikan doh dan balut dengan plastik wrap.Sejukkan dalam fridge selama 1 jam.
-Sementara itu,whisk putih telur dalam mangkuk kecil.
-Keluarkan doh dari fridge dan bentuk bulat sebesar 1 inci.Celupkan dalam putih telur dan golekkan dalam pecan cincang tadi.Susun dalam dulang dengan jarak 2 inci.
-Tekan ditengah cookies dengan ibu jari atau sudu.
-Bakar suhu 170 celcius selama 12 minit atau sehingga keperangan.
-Sementara cookies masak, sediakan karamel.Masukkan karamel dan heavh cream dalam mangkuk tahan panas dan masukkan dalam microwave.Sekali sekala kacau sehingga karamel cair.
-Dalam mangkuk tahan panas yang lain satukan coklat dan shortening.Masukkan dalam microwave.Sekali sekala kacau hingga coklat cair sepenuhnya.
-Cookies yang sudah siap dimasak sejukkan atas redai.Sudah sejuk masukkan karamel kemudian drizzle dengan coklat.
-Ambik piping bag masukkan coklat cair dan potong hujung sedikit.Drizzle coklat atas cookies tadi.
- Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari therecipecritic


Oatmeal Cookies

Deliciously chewy and flavorful oatmeal cookies.
Bahan-bahan:
1 cawan (220g) gula perang
1 cawan gula (200g)
225 g butter,suhu bilik
2 biji telur gred A
1/2 sudu besar ekstrak vanila
2+1/2 cawan Quick Oats
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
2 cawan milk coklat cip

Cara-cara:
-Panaskan oven 205 celcius.Alas loyang dengan kertas minyak.
-Didalam mangkuk putar butter,gula perang dan gula dengan mixer sehingga berkrim.Bancuhan ini terbentuk seperti peanut butter.
-Tambah ekstrak vanila dan telur.Pukul sehingga sebati.
-Didalam mangkuk lain satukan oats,baking powder,baking soda,garam,tepung gandum dan coklat cip.
-Masukkan bahan kering(adunan tepung) ke dalam adunan bahan basah(butter) dan sebatikan.Jangan terlebih adun.
-Bentukkan bulat dan jarakkan 2 inci.Susun dalam dulang.Bakar 6-8 minit atau hingga keperangan.Jangan terlebih masak.
-Angkat dan sejukkan atas redai.
-Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi diambil dari therecipecritic


Sugar Cookies Bar

Antara sugar cookies yang terbaik untuk dihidangkan buat tetamu di majlis hari jadi anak anda!
Warna yang cukup cantik dengan hiasan yang sungguh comel.Pasti kanak-kanak amat menggemari cookies ini.


Bahan-bahan cookies:
1 cawan(225g) unsalted butter,suhu bilik
1 cawan (200g) gula
2 biji telur
1/4 sudu teh ekstrak almond
2 cawan(280g) tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan Frosting:
1 cawan(225g) unsalted butter,suhu bilik
1 sudu tek ekstrak almond
3 cawan(375g) gula aising
Pewarna-pink dan teal dari wilton
Sprinkles

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.Alas dulang pembakar size 9x13 inci dengan kertas minyak.
-Didalam mangkuk adunan satukan butter dan gula.Pukul dengan mixer selama 1-2 minit hingga kembang.Tambah telur dan ekstrak almond.Pukul lagi hingga sebati.
-Didalam mangkuk adunan yang lain campur tepung,baking powder dan garam.Ketepikan.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan butter.Kacau guna spatula hingga sebati.
-Masukkan doh kedalam dulang pembakar.Ratakan sehingga menjadi lapisan dengan ketebalan yang diingini.
-Bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan.Setelah masuk keluarkan dari oven dan terus masukkan dalam fridge.Biarkan cookies bar dalam fridge selama 1 jam.
-Sementara tunggu cookies sejuk, dalam mangkuk adunan putar butter guna mixer hingga kembang dalam masa 1-2 minit.Tambah ekstrak vanila.Putar lagi kemudian masukkan gula aising 1 cawan demi secawan.Kacau sebati guna spatula dulu kemudian putar dengan mixer.Putar sehingga sebati sehingga lembut dan sedia diguna.
-Asingkan adunan ini kedalam 2 mangkuk.1 mangkuk letak pewarna teal dan 1 mangkuk lagi pewarna pink.
-Keluarkan cookies bar dari fridge tadi dan sapukan frosting pink dan teal tadi.Kemudian tabur sprinkles.
-Masukkan semula dalam fridgd hingga frosting agak boleh dipotong.
-Keluarkan cookies bar dari fridge dan angkat keluar dari dulang pembakar melalui tarik keluar alas minyak(baking sheet).
-Potong bentuk 4 segi.Sedia di makan.

Resepi diambil dari thefirstyearblog


Double Fudge Oreo White Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan:
113g butter,suhu bilik
3/4 cawan (150g) gula
1 biji telur
1/2 sudu teh vanila
1 cawan (140g) tepung gandum
1/4 cawan (25g) serbuk koko
1/2 sudu teh baking soda
1/8 sudu teh garam
1/2 cawan (75g) coklat cip putih
7-8 keping oreo dicincang

Cara-cara:
-Pukul butter,gula,telur dan vanila sampai kembang.
-Masukkan tepung,serbuk koko,baking soda dan garam dan gaul sebati.
-Masukkan coklat cip dan oreo.Gaul sebati dan balut doh dengan plastik wrap.Simpan dalam fridge semalaman.
-Keluarkan dari fridge, panaskan oven 175 celcius.Scoop bentuk bulat dan susun dalam dulang pembakar yang dialas parchment paper.Bakar selama 10-12 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dalam dulang selama 10 minit.Selepas itu alihkan atas redai.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari thefirstyearblog


Peanut Butter Cookies

Bahan-bahan:
113g butter,suhu bilik
1/2 cawan (110g) gula perang
1/3 cawan (67g) gula
3/4 cawan (190g) peanut butter
1 biji telur
1 sudu teh ekstrak vanila
1+1/2 cawan (210g) tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.
-Dalam mangkuk adunan,satukan butter,gula perang dan gula.Pukul dengan mixer selama 1 minit hingga kembang.Masukkan peanut butter,telur dan vanila, pukul lagi selama kurang seminit.Tambahkan tepung,baking soda,baking powder dan garam.Gaul guna spatula hingga sebati.Jangan terlebih pukul.Scoop bentuk bulat dan susun dalam dulang pembakar yang telah dialas parchment paper.Bakar selama 12 minit.Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari thefirstyearblog


Espresso Coconut Macaroons

Bahan-bahan:
2 biji putih telur
1/8 sudu teh garam
1/2 cawan (100g) gula
2 sudu teh serbuk kopi segera
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan (240g)  kelapa parut

Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.
-Dalam mangkuk,pukul putih telur dan garam dalam 1-2 minit.Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus pukul.Masukkan serbuk koko,kopi segera dan vanila.Pukul lagi hingga sebati.Masukkan kelapa parut dan gaul guna spatula.Scoop dan bentuk bulatdan susun atas dulang pembakar yang sudah dialas parchment paper.Jarakkan.Bakar selama 25-30 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan.Boleh juga celup bahagian bawah macaroons dengan coklat cair jika suka.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari thefirstyearblog


Coconut drop cookies

Bahan-bahan cookies:
1+1/3 cawan (187g) tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking soda
1/4 cawan (60g)butter,suhu bilik
1/2 cawan (100g) gula
1/4 cawan (50g)gula perang
1 biji telur
1/2 sudu teh ekstrak kelapa
1/2 cawan sour cream
1/4 cawan (20g) kelapa parut disangai
1/4 cawan (20g) kelapa parut

Bahan-bahan frosting:
1/4 cawan (60g) butter, suhu bilik
2 cawan (250g) gula aising
3 sudu besar susu
Sedikit Kelapa parut yang disangai untuk hiasan

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.
-Dalam mangkuk masukkan tepung, baking soda dan garam.Ketepikan.
-Didalam mangkuk lain masukkan butter,gula dan gula perang.Putar dengan mixer selama 1-2 minit hingga kembang.Masukkan telur, ekstrak kelapa(jika ada),ekstrak vanila dan sour cream.Pukul dengan mixer hingga sebati.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti kelapa parut dan kelapa parut yang disangai.Kacau sebati.Scoop adunan dan susun atas dulang pembakar yang telab dialas kertas minyak.Bakar selama 9-12 minit atau hingga keperangan.
-Dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Cara penyediaan frosting:Dalam mangkuk adunan, pukul butter hingga kembang.Masukkan gula aising dan susu.Pukul lagi hingga sebati menggunakan spatula.Sapu atas biskug yang telah sejuk dam tabur kelapa parut yang telah disangai.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari thefirstyearblog


Triple chocolate drop cookies

Bahan-bahan:
1+1/2 cawan (210g) tepung gandum
1/2 cawan (50g) serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
4oz(100g) unsweetened coklat, dicincang
3/4 cawan(180g) butter
4 biji telur
2 cawan (400g) gula
1+1/2 cawan (225g) semisweet coklat cip

Cara-cara:
-Masukkan butter dan coklat dalam periuk dan panaskan diatas api yang sangat perlahan sehingga coklat cair dan sebati.
-Didalam mangkuk adunan,masukkan tepung,serbuk koko,garam dan baking powder.Ketepikan.
-Dalam mangkuk adunan lain masukkan telur dan gula dan pukul dengan mixer hingga sebati.Masukkan coklat cair tadi dan kacau sebati.Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi hingga sebati.Tambah coklat cip.Kacau dan sejukkan adunan dalam fridge selama 2 jam.
-Panaskan oven 175 celcius.Keluarkan doh dari fridge dan scoop bentuk bulat dan susun atas dulang pembakar yang sudah dialas kertas minyak.Bakar selama 11-13 minit.Sudah masak sejukkan atas redai.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari thefirstyearblog


Oreo Cookies

Bahan-bahan:
1+1/4 cawan(175g) tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan (113g) butter
1/2 cawan (100g) gula perang
6 sudu besar gula
1 biji telur 
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan oreo (255g) yang dihancurkan

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.
-Dalam mangkuk adunan satukan tepung,baking soda dan garam.Ketepikan.
-Dalam mangkuk lain masukkan butter, gula perang dan gula.Pukul dengan mixer sehingga berkrim anggaran masa 1 minit.Masukkan telur dan vanila, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna spatula.Masukkan oreo yang hancur tadi.Gaul sebati.Scoop dan susun dalam dulang pembakar yang dialas kertas minyak.Jarakkan.Bakar selama 15 minit.
-Keluarkan dari oven dan sejukkan.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari thefirstyearblog


Cowboy Cookies

Cowboy cookies merupakan antara cookies yang terbaik! Gabungan oats,coklat cip, kelapa parut dan pecans membuatkan rasa cookies ini lebih sedap.



Bahan-bahan:
1+1/2 cawan (120g) quick cooking oats
1+1/2 cawan (225g) semisweet coklat cip
3/4 cawan (60g) kelapa parut
1 cawan (120g) pecans dicincang
1+1/2 cawan (210g) tepung serbaguna

Chewy Peanut Butter Cookies

Bahan-bahan:
1 cawan unsalted butter, dicairkan
1 cawan gula perang
1 cawan gula halus
1 cawan peanut butter
1/4 sudu teh ekstrak almond
1 sudu besar ekstrak vanila
2 biji telur gred A
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2+2/3 cawan tepung serbaguna
Coklat cair-optional

Cara-cara:
-Alas loyang dengan parchment paper.
-Cair kan butter dalam microwave.Sudah cair 80% keluarkan butter dari microwave.Masukkan butter cair dalam mangkuk.Masukkan gula perang dan gula halus.Kacau sebati tapi jangan terlebih kacau.Cukup sekadar sampai sebati sahaja.
-Masukkan peanut butter dan ekstrak vanila dan almond.Kacau sebati.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji.Kacau lagi.
-Masukkan baking soda dan garam.Kacau lagi.
-Masukkan tepung dan kacau sebati.
-Balut doh dengan plastik wrap dan sejukkan dalam fridge 30 minit.
-Panaskan oven 175 celcius.Scoop bentuk bulat dan susun dalam loyang.Bakar selama 8-10 minit.Sudah masak sejukkan dalam loyang selama 5 minit sebelum disejukkan atas redai.
-Sudah sejuk sepenuhnya celup separuh biskut dalam coklat cair.Biarkan coklat sejuk dalam suhu bilik.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dari chelseasmessyapron.com



Nutella Stuffed Snowball Cookies

Klasik shortbread cookies yang sangat sedap.Berintikan Nutella dan disaluti gula aising.

Bahan-bahan:
1/2 cawan Nutella
1 cawan unsalted butter, suhu bilik
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh ekstrak vanila
2+1/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan pecan yang dicincang halus ( atau apa juga kacang)
Gula aising untuk salut cookies

Cara-cara:
-Alas tray dengan parchment paper.Sudukan 1/3-1/2 sudu teh Nutella dan bentukkan bulat dan susun atas tray.Sejukkan dalam fridge.
-Pukul butter dengan gula hingga berkrim dalam 3-4 minit.Masukkan vanila dan tepung.Pukul sebati.Masukkan pecan dan kacau sebati.
-Ambil sedikit bentukkan bola dan kemudian nipiskan.Letak nutella dan bentukkan bulat.Habiskan dan susun dalam tray.Sejukkan dalam fridge 30 minit.
-Bakar 14-15 minit.Sudah masak sejukkan dalam tray dalam 2 minit.Golekkan dalam gula aising.

Resepi dari therecipecritic



Toasted Coconut Dark Chocolate Cookies

Bahan-bahan:
1 cawan kelapa parut
1 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
1/8 sudu teh garam
3/4 cawan gula perang
4 sudu besar butter,suhu bilik
1 sudu teh ekstrak vanila
1 biji telur gred A
3/4 cawan semisweet atau bittersweet coklat dicincang

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.Alas loyang dengan parchment paper dan letak kelapa parut.Bakar dalam oven selama 3-4 minit.Keluarkan dari oven.Sejukkan.Alas semula loyang dengan parchment paper.
-Dalam mangkuk sebatikan tepung,baking powder,baking soda,dan garam.
-Dalam mangkuk lain putar gula perang dan butter dengan mixer hingga berkrim.Masukkan vanila dan telur.Putar lagi hingga sebati.Kemudian masukkan adunan tepung.
-Masukkan kelapa dan coklat cincang.Gaul sebati.Scoop 1 sudu besar dan susun dalam loyang.Jarakkan.
-Bakar selama 10 minit.Alihkan dari loyang dan sejukkan atas redai.

Resepi dari thefirstyearblog

Chocolate Filled Chocolate Cookies

Biskut coklat berintikan coklat.

Bahan-bahan:
1/2 cawan (113g) unsalted butter, suhu bilik
3/4 cawan (150g) gula halus
1/2 cawan (110g) gula perang
2 biji telur gred A, suhu bilik
1/2 cawan (120g) sour cream, suhu bilik
1/4 sudu teh ekstrak almond
1 sudu teh ekstrak vanila
1+3/4 cawan (220g) tepung serbaguna
1/4 cawan (30g) serbuk koko
1/4 cawan (30g) special dark coco powder
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan (38g) miniature coklat cip
3/4 cawan (113g) milk coklat cip
36 pieces cadburry potong jadi bar kecil

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.Alas loyang dengan parchment paper.
- Dalam mangkuk putar butter, gula dan gula perang hingga berkrim.Masukkan telur, sour cream, vanila dan almond ekstrak.Pukul sebati.
-Dalam mangkuk lain kacau sebati tepung, serbuk koko,baking powder, baking sods dan garam.Masukkan coklat cip dan kacau lagi hingga sebati.
-Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah.Putar sebati.Jangan terlebih putar.Balut doh dengan plastik wrap dan sejukkan dalam fridge selama 30 minit hingga 1 jam.
-Scoop bentuk bulat, masukkan coklat bar dan susun dalam dulang.Jarakkan dalam 2 inci.
-Bakar 175 celcius selama 10-15 minit.

Resepi dari therecipecritic








Comments

Popular Posts