Kek


Masih teringat masa Liza dibangku sekolah,adik beradik ramai.Jadi petang-petang mak selalu buat kek dan kuih untuk dijadikan hidangan petang kami adik beradik.Kek yang selalu mak buat adalah kek mentega.Baunya kalau dah masak memang wangi semerbak satu rumah.
Kami adik beradik memang tak sabar tunggu kek masak.Bawa keluar je dari oven, semua duduk keliling mak tengok mak potong kek.Letak je dalam pinggan sekejap je licin.Makan masa masih panas memang sedap.Lembut,gebu dan wangi bau vanila.Masih terbayang bayang lagi masa tu dan keenakan kek mentega yang dibuat mak.Air tangan mak memang yang tersedap.
Disini Liza ada beberapa kek yang bagi Liza sedap.Liza memang sukakan hiasan yang minimal.
Dibawah ini terdapat koleksi resepi kek dari pelbagai sumber serta inspirasi dekorasi kek.



Simple Layer Cake with Vanilla Frosting

Bahan-bahan kek:
113g unsalted butter,suhu bilik
2 cawan (280g) tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
1+1/2 cawan (300g) gula
3 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 sudu teh ekstrak vanila

Cara-cara buat kek:
-Panaskan oven 165 celcius.Alas loyang saiz 8 inci dengan parchment paper.
-Gaul sebati tepung, garam dan baking powder.Ketepikan.
-Dalam mangkuk lain putar butter dan gula hingga berkrim pada kelajuan sederhana selama 1-2 minit.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.Tukar kelajuan mixer kepada perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau sebati.
-Kemudian masukkan vanila dan susu.Putar lagi hingga sebati.
-Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 33-35 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Bahan-bahan vanilla frosting:
113g unsalted butter,suhu bilik
113g cream cheese, suhu bilik
5 cawan gula aising
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan full cream milk
1/2 sudu teh ekstrak vanila

Cara-cara buat vanilla frosting:
-Putar butter dan cream cheese dengan mixer pads kelajuan tinggi hingga berkrim selama 1 minit.
-Masukkan gula aising secawan demi secawan dan putar hingga sebati.
-Masukkan garam, vanila dan susu.Putar lagi hingga sebati dalam 3 minit.
-Sedia digunakan.

Resepi dari marthastewart


The most amazing white cake

Bahan-bahan kek:
225g salted butter
1+1/2 cawan (300g) gula
2 sudu teh ekstrak almond
3+1/2 cawan (490g) tepung kek
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
6 biji telur putih gred A, suhu bilik
1+1/2 cawan (360g) susu

Cara-cara buat kek:
-Alas loyang bulat saiz 9 inci dengan parchment paper.Anda memerlukan 3 biji loyang.
-Dalam mangkuk pukul butter dan gula hingga berkrim.Kemudian masukkan ekstrak almond.
-Dalam bekas lain masukkan putih telur dan susu.Kacau sebati guna garfu.
-Dalam mangkuk lain, whisk tepung, baking powder dan garam.Kemudian masukkan 1/3 tepung kedalam butter.Masukkan pula bancuhan susu.Kacau sebati.Kemudian masukkan lagi 1/3 tepung .Diikuti bancuhan susu.Akhir sekali masukkan kesemua tepung dan kacau sebati.
-Bahagikan adunan kedalam 3 loyang.Bakar suhu 175 celcius selama 25-30 minit.Keluarkan dari oven dan biar sejuk dalam loyang 5 minit.Kemudian alihkan atas redai.

Bahan-bahan white buttercream:
1 cawan shortening
1 cawan (225 g) butter 
2 sudu besar meringue powder
2 sudu teh clear vanilla extract
8 cawan gula aising diayak 
9 sudu besar susu

Cara-cara buat white buttercream:
-Putar butter,shortening dan vanila hingga kembang.Masukkan meringue powder,susu dan gula aising.(masukkan 4 cawan gula aising dan 5 sudu besar susu dahulu) Putar hingga kembang.Kemudian masukkan kagi 4 cawan gula aising dan 4 sudu besar susu.Putar sebati.Sedia untuk lepa pada kek.

Resepi dari thestayathomechef.com



Pandan Marble Cake




Funfetti Cake

Bahan-bahan kek:
120ml , dibahagi separuh, suhu bilik
1 biji telur + 1 biji telur putih
1 sudu teh ekstrak vanila
93g tepung kek
65g tepung serbaguna
1+1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
85g unsalted butter, suhu bilik
3 sudu besar manik hiasan

Bahan-bahan frosting:
57g cream cheese suhu bilik
170g unsalted butter suhu bilik
115g gula aising
1 sudu besar ekstrak vanila
1-2 sudu besar heavy cream
Manik hiasan untuk tabur pada kek

Cara-cara buat kek:
-Panaskan oven 175 celcius.Alas loyang bulat saiz 6 inci 2 biji.
-Dalam bekas masukkan 1/4 cawan susu,telur,telur putih dan vanila.Ketepikan.
-Dalam bekas lain putar tepung,baking powder,garam dan gula dengan kelajuan perlahan selama 30 saat.
-Kemudian masukkan kedalam adunan tepung tadi butter dan 1/4 cawan susu dan putar perlahan.Tambah kelajuan mixer kepada sederhana dan putar selama 90 saat.
-Kemudian masukkan bancuhan telur.Bancuhan telur ini dimasukkan secara separuh demi separuh.Selepas masukkan bancuhan telur hendaklah putar pada kelajuan sederhana selama 20 saat.Masukkan manik hiasan dan pukul sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 loyang dan bakar selama 22-25 minit.
-Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang selama 15 minit.Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.

Cara-cara buat frosting:
-Menggunakan mixer putar cream cheese dan butter pada kelajuan sederhana hingga sebati.Masukkan gula aising dan putar lagi.Masukkan vanila dan putar.Masukkan pula heavy cream sehingga mencapai kepekatan yang anda mahu.
Untuk lepa pada kek letak lapisan 1 kek dan sapu frosting.Letak lapisan ke 2 dan sapu frosting keseluruhan kek.Tabur manik hiasan.

Resepi dari thecakemerchant





Ombre Cake

Chocolate Layer Cake with Nutella Buttercream Frosting

Kek coklat yang sedap .Disaluti dengan Nutella Buttercream.

Resepi dibawah ini dapat mengahasilkan 2 lapis kek bersaiz 9 inci.
Tetapi jika anda mahu membuat kek bersaiz kecil , kurang kan adunan pada resepi kepada separuh.Seperti digambar , kek ini dibuat setinggi 4 lapis bersaiz 5 inci.Dibakar sebanyak 2 loyang kemudian dipotong menjadikan 4 lapis.


Bahan-bahan Kek:
9 sudu besar serbuk koko
1+1/2 cawan (210g) tepung kek
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh baking powder
113g unsalted butter,suhu bilik
1+1/2 cawan (300g) gula
2 biji telur gred A,suhu bilik
1/2 cawan (120g) bancuhan kopi atau air
1/2 cawan (120g) low fat milk

Bahan-bahan Nutella Buttercream Frosting:
452g unsalted butter, suhu bilik
3 cawan (380g) gula aising
1 cawan Nutella
1 sudu besar ekstrak vanila
Secubit garam



Cara-cara buat Kek:
-Ayak bersama tepung,serbuk koko,garam,baking soda dan baking powder.
-Dalam mangkuk lain putar butter dan gula selama 5 minit sehingga berkrim.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati dan kembang.
-Dalam bekas lain kacau sebati kopi dan susu.
-Masukkan separuh adunan tepung kedalam adunan butter dan tuang kopi dan susu tadi.Kacau sebati dan tuang lagi separuh adunan tepung.
-Bahagikan kepada 2 loyang dan bakar selama 25 minit.
-Sudah masak sejukkan sepenuhnya.

Cara-cara buat Nutella Buttercream Frosting:
-Menggunakan mixer putar butter dengan kelajuan sederhana selama 2-3 minit hingga berkrim.
-Masukkan gula aising dan putar kelajuan perlahan hingga sebati kemudian tukar pada kelajuan sederhana dan putar lagi selama 2-3 minit.
-Masukkan vanila dan Nutella dan putar lagi hingga sebati.
-Masukkan garam dan putar lagi.
-Untuk lepa pada kek:Letak lapisan 1 kek dan sapu Nutella Buttercream.Kemudian letak lapisan ke 2 kek dan sapu keseluruhan kek dengan Nutella buttercream.Hias kek.

Resepi dari thecakemerchant



White Cake

Bahan-bahan kek:
350g gula
285g tepung kek
1 sudu teh garam
1 sudu besar+1 sudu teh baking powder
5 biji telur putih
2 sudu teb vanila
242g buttermilj
72g minyak sayur
141g unsalted butter

Bahan-bahan White Chocolate Buttercream Frosting:
339g unsalted butter,suhu bilik
227g coklat putih
518g gula aising
1 sudu teh ekstrak vanila
4 sudu besar susu/heavy cream

Cara-cara buat kek:
-Panaskan oven 160 celcius.Alas loyang saiz 8 inci dengan parchment paper.
-Dalam mangkuk adunan sebatikan tepung, baking powder,gula dan garam.
-Dalam mangkuk lain masukkan telur putih,buttermilk,vanila dan minyak.Kacau guna garfu.
-Masukkan butter sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung sambil putar guna mixer pada kelajuan perlahan.Tukar kepada kelajuan sederhana dan putar sehingga terbentuk seperti serbuk.
-Masukkan sebatian putih telur 1/2  dan terus putar pada kelajuan perlahan.Masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan putar kelajuan sederhana.Adunan menjadi pekat.
-Bakar pada suhu 165 celcius selama 35-40 minit.
-Biarkan kek sejuk dalam loyang 10 minit sebelum dialihkan atas redai.

Cara-cara buat White Chocolate Buttercream Frosting:
-Cairkan coklat putih.Biarkan coklat sejuk sebelum guna.
-Putar butter sehingga berkrim dan masukkan gula aising secawan demi secawan.Masukkan coklat putih cair dan vanila.Putar lagi hingga sebati.
-Tambahkan heavy cream/susu hingga mencapai kepekatan yang anda suka.
-Tambah pewarna jika mahu frosting berwarna.
-Lepa pada kek dan hias.

Resepi dari mycakeschool.com



Ombre Cake

Bahan-bahan:
400g gula kastor
225ml full cream milk
2 sudu teh esen vanila
350g tepung gandum,diayak
1/2 sudu teh garam, diayak
1 sudu besar baking powder, diayak
4 biji telur
225g butter
Pewarna makanan
4 sudu besar jem Raspberry

Cara-cara:
-Panaskan oven 180 celcius.
-Alas loyang 5x20cm dengan parchment paper.
-Dalam mangkuk masukkan tepung,garam,baking powder dan baking soda.Ayak 2 kali dan ketepikan.Ini bagi mendapatkan kek yang lembut.
-Masukkan susu dalam jug dan letak vanila ( atau apa apa perasa yang anda suka).Kacau sebati.Ketepikan.
-Dalam mangkuk lain, masukkan buttef dan gula.Putar dengan mixer dengan kelajuan perlahan dulu untuk bagi sebati kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang.
-Kemudian masukkan telur sebiji demj sebiji dan putar pada kelajuan sederhana.Pastikan adunan diputar sebati.
-Masukkan tepung dan susu sedikit demi sedikit kedalam adunan butter secara berselang seli.Putar lagi hingga semua adunan sebati.
-Bahagikan kepada 5 bahagian.
-Masukkan pewarna.1 mangkuk tanpa pewarna.1 mangkuk letak sikit pewarna.Dan mangkuk seterusnya letakkan lebih sikit pewarna.
-Tuang dalam loyang dan bakar selama 13 minit.
-Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar sebelum dialih atas redai.

Bahan-bahan buttercream:
200g unsalted butter
330g gula aising, diayak
1-2 sudu besar susu
1 sudu besar vanila ( atau apa apa perasa yang anda suka)
Pewarna ( jika ingin buttercream bewarna)

Cara-cara buat buttercream:
-Putar butter hingga lembut kemudian tambah gula aising.Putar.Kemudian tambah vanila dan susu.Putar lagi hingga sebati.Mengambil masa dalam 5 minit.Jika ingin letak pewarna boleh letak.Kacau sebati.Sedia diguna.

Resepi dari nectarandstone


Chocolate Chip Cake

Kek coklat yang sangat enak.Disaluti buttercream yang dicampur dengan coklat cip.Resepi ini dapat menghasilkan 3 lapis kek yang bersaiz 8 inci

Bahan-bahan kek:
2 cawan (250g) tepung serbaguna
2+1/2 cawan (500g) gula
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1 cawan (240ml) minyak jagung
1 cawan (226g) sour cream
1+1/2 cawan (360ml) air
2 sudu besar cuka masakan
1 sudu teh ekstrak vanila
2 biji telur gred A , suhu bilik

Cara-cara buat kek:
-Panaskan oven 175 celcius.
-Alas 3 biji loyang saiz 8 inci dengan parchment paper.
-Dalam mangkuk masukkan tepung,gula,serbuk koko,baking soda dan garam dan whisk sebati.Masukkan minyak dan sour cream dan kacau sebati.Masukkan 1/2 cawan demi 1/2 cawan air sehingga habis air sambil kacau sebati.Masukkan cuka dan vanila.Kacau lagi.Masukkan telur dan kacau sebati.Kaup balik adunan dan pastikan semua sebati.
-Tuang dalam 3 loyang.Bakar selama 30-35 minit.
-Keluarkan dari oven dan biar sejuk dalam loyang 20 minit.Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai pula.

Nota : Resepi ini tidak menggunakan mixer.Semua adunan hanya menggunakan 1 mangkuk adunan sahaja.

Bahan-bahan Coklat cip whip cream:
480ml heavy whip cream
2 sudu besar gula
1 sudu besar ekstrak vanila
2 sudu teh serbuk agar agar
130g coklat cip mini

Bahan-bahan Chocolate frosting:
339g unsalted butter
290g gula aising
220g milk coklat cip
45g bittersweet coklat cip
Secubit garam
Hiasan: coklat cip mini untuk tabur atas kek



Cara-cara buat coklat cip whip cream:
-Menggunakan mixer, putar whip cream dengan kelajuan sederhana hingga kembang(stiff peaks).Tambah gula,vanila dan agar agar dan putar lagi hingga kembang.Masukkan coklat cip.Kacau sebati .Simpan dalam fridge sehingga hendak digunakan.


Cara-cara buat chocolate frosting:
-Menggunakan mixer, putar butter dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.Masukkan gula aising dan putar lagi dengan kelajuan perlahan.Kemudian putar pada kelajuan sederhana selama 2-4 minit.Kemudian masukkan coklat cair, vanila dan garam.Pukul sebati.



Cara-cara untuk lepa pada kek:
-Letak kek lapisa 1 atas cake board.Kemudian sapu coklat cip whip cream atas kek.Letak lagi kek lapisan ke 2 dan sapu coklat cip whip cream.Kemudian letak lagi lapisan yang ke 3.Kemudian tuang coklat frosting.Ratakan frosting.Tabur mini coklat cip.Biarkan selama 30 minit untuk frosting set. 

Resepi dari thecakemerchant


Purple Ombre Layer Cake

Kek setinggi 5 lapis degan saiz 6 inci.Dengan resepi ini anda boleh membuat ombre kek dengan apa sahaja warna yang anda mahu.

Bahan-bahan kek:
1+1/2 cawan (170g) tepung kek
2+1/2 sudu teh baking powder
1 cawan + 2 sudu besar (230g) gula
3/4 sudu teh garam
2/3 cawan (160ml) susu segar, suhu bilik
2sudu teh ekstrak almond
1 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan (113g) unsalted butter, suhu bilik dan dipotong kiub
Pewarna ungu

Cara-cara buat kek:
-Panaskan oven 175 celcius.Alas loyang saiz 6 inci sebanyak 5 biji dengan parchment paper.Jika takde banyak loyang cuma gilir gilir.
-Dalam mangkuk sebatikan tepung,baking powder,garam dan gula.
-Dalam bekas lain atau measuring cup sebatikan telur,susu, ekstrak vanila dan ekstrak almond.
-Kemudian masukkan butter sedikit demi sedikit kedalam mangkuk adunan tepung dengan kelajuan perlahan putar.Putar sehingga terbentuk seperti serbuk.Masukkan bancuhan susu 1/3 cawan kedalam tepung tadi dan putar kelajuan sederhana selama 90 saat.Masukkan kesemua bancuhan susu dan putar selama 30 saat dengan kelajuan sederhana.Kaup balik adunan guna spatula.Kemudian putar lagi 20 saat.
-Bahagikan adunan kepada 5 mangkuk dan letak pewarna.Mangkuk 1 , tanpa pewarna.Mangkuk letak dalam 2 titik pewarna.Mangkuk ke 3 lebihkan sikit pewarna.Teruskan tambah pewarna hingga mencapai warna yang bertambah gelap.Masukkan dalam 5 loyang dan bakar selama 15-18 minit.Jika buat 3 lapis, bakar selama 20-23 minit.
-Sudah masak sejukkan dalam loyang 15 minit.Kemudian keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.

Warna adunan yang terbentuk selepas letak pewarna.



Bahan-bahan vanila frosting:
450g unsalted butter,suhu bilik
575g gula aising
2 sudu teh ekstrak vanila
1-2 sudu besar heavy cream
Pewarna ungu-pewarna jenis gel

Cara-cara buat vanila frosting:
-Menggunakan mixer putar butter dengan kelajuan sederhana sehingga bertukar warna seakan putih dan berkrim.Anggaran masa putar 2-3 minit.
-Masukkan gula aising dan garam dan putar pada kelajuan perlahan untuk bagi sebati.Setelah gula dan butter sebati putar pada kelajuan sederhana selama 2-3 minit.
-Masukkan vanila dan putar lagi.
-Masukkan heavy cream 1 sudu besar dan putar lagi.Tambah lagi 1 sudu besar heavy cream jika masih pekat.(Tambahan heavy cream adalah mengikut kepekatan yang anda nak)
-Masukkan pewarna dan lepa pada kek.

Resepi dari thecakemerchant




Ombre Cake

Fluffy White Cake with Vanilla Buttercream Frosting

Bahan-bahan Kek: 
3 biji telur putih gred A (90g),suhu bilik
2 sudu teh ekstrak vanila
200g tepung kek,diayak
200g gula
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
113g unsalted butter,suhu bilik

Bahan-bahan Vanila Buttercream Frosting:
396g unsalted butter,suhu bilik
313g gula aising,diayak
Secubit garam
2 sudu teh ekstrak vanila
3-4 sudu besar (15-20ml) heavy cream atau susu
Pewarna

Cara-cara buat Kek:
-Panaskan oven 170 celcius.Alaskan loyang saiz 7 inci dengan parchment paper.
-Dalam mangkuk satukan putih telur, vanila dan 1/4 susu.Kemudian masukkan tepung,gula,baking powder dan garam.Kacau sebati guna mixer pada kelajuan perlahan selama 30 saat.Kemudian masukkan butter dan baki susu.Kacau pada kelajuan perlahan hingga sebati.Apabila sudah sebati tukar pada kelajuan sederhana dan putar selama 90 saat.Masukkan telur putih sedikit demi sedikit ( 3 bahagian telur).Putar pada kelajuan sederhana.
-Bahagikan kepada 2 adunan.Untuk 2 loyang(Untuk dapatkan 2 lapisan kek).Bakar selama 25-35 minit.
-Sejukkan kek dalam loyang selama 10-15 minit sebelum dialihkan kek atas redai.

Cara-cara buat Buttercream Frosting:
-Putar butter guna mixer pada kelajuan sederhana hingga berkrim dan butter bertukar warna seakan keputihan.Anggaran mada 2-3 minit.
-Masukkan garam dan gula aising dan putar kelajuan perlahan hingga sebati kemudian tukar pada kelajuan sederhana dan putar lagi selama 2-3 minit 
-Madukkan vanila dan putar kelajuan sederhana 3 minit.
-Masukkan heavy cream/susu 1 sudu besar dan putar hingga mencapai kepekatan yang anda mahukan.
-Masukkan pewarna dan kacau sebati.

Resepi dari thecakemerchant



Rainbow Cake

Bahan-bahan:
226g butter,suhu bilik
2+1/3 cawan (426g) gula
5 biji putih telur, suhu bilik
2 sudu teh vanila
3 cawan (426g) tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1+1/2 cawan (355ml) susu,suamkan 30 saat dalam microwave
Pewarna

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.Alas 8 inci loyang dengan parchment paper.
-Ayak bersama tepung,baking powder dan garam.Ketepikan.
-Putar butter dan gula kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit.Masukkan vania dan pukul sebati.Masukkan tepung berselang seli dengan susu kedalam adunan butter tadi.
-Bahagikan kepada 6 mangkuk.Letak pewarna.
-Masukkan dalam loyang dan bakar selama 15-20 minit.
-Sudah masak keluarkan dari oven biar sejuk dalam loyang 10 minit sebelum dialaihkan atas redai.

Resepi dari azlitamasammanis


The Perfect White Cake

Bahan-bahan Kek:
2+1/4 cawan (310g) tepung kek
1 cawan (240g) susu,suhu bilik
6 biji telur putih gred A,suhu bilik
2 sudu teh ekstrak almond
1+3/4 cawan (350g) gula
4 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
170g unsalted butter, suhu bilik tapi masih sejuk sikit

Cara-cara buat Kek:
-Panaskan oven 170 celcius dan sediakan 2 loyang saiz 8 inci.
-Tuang putih telur, susu dan ekstrak almond dalam msngkuk dan kacau guna garfu.
-Dalam mangkuk adunan lain, masukkan tepung,gula,baking powder dan garam.Putar guna mixer perlahan dan masukkan butter yang telah dipotong kiub dan putar pada kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
-Masukkan campuran susu 1/2 cawan kedalam adunan tepung dan putar pada kelajuan sederhana 30 saat.Masukkan lagi kesemua campuran susu dan putar lagi selama 1 minit.
-Bahagikan adunan kepada 2 loyang dan bakar selama 27-30 minit.Sudah masak biarkan kek sejuk.
-Apabila kek sudah sejuk boleh lepa frosting pada kek.
-Untuk vanila buttercream frosting resepi boleh ambil seperti diatas.(resepi dari ombre cake)

Nota: Jika ingin membuat sebanyak 3 lapis kek kurangkan masa membakar kek.

Resepi dari iambaker.com


Glazed Strawberry Lemon Loaf

Kek yanv sangat sedap dengan gabungan perisa Strawberry dan Lemon.Disimbahi dengan sos lemon.

Bahan-bahan Kek:
1 cawan (200g) gula
1 sudu besar lemon zest
1+1/2 cawan (210g) tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh garam
3 biji telur gred A
1 sudu besar jus lemon
1 cawan Strawberry, dipotong dadu
1 sudu besar tepung serbaguna

Bahan-bahan Glaze:
Zest of lemon
1 cawan gula aising
1+1/2 sudu besar jus lemon (atau heavy cream)

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.Grease pan 9x5 inci.
-Dalam mangkuk kecil masukkan lemon zest da gula.Kacau sehingga zest disaluti gula.
-Dalam mangkuk lain,masukkan tepung,garam,baking powder dan sebatian gula dan lemon zest tadi.
-Dalam mangkuk lain pukul telur, masukkan yogurt, vanila,jus lemon dan minyak.Kacau sebati.
-Masukkan bahan basah kedalam bahan kering.Kacau sebati.Tos Strawberry dengan 1/2 sudu besar tepung.Bila adunan sudah sebati masukkan strawberry.
-Tuang adunan dalam loyang.Ratakan adunan.
-Bakar 60 minit.Permukaan kek bila masak warna keperangan.Sejukkan dalam loyang 10 minit.Terbalikan loyang.Sejukkan kek atas redai.
- Cara buat glaze: Dalam bekas kecil masukkan gula aising dan lemon zest.Kemudian masukkan jus lemon .Tambah heavy cream untuk dapat kepekatan yang anda mahu.

Resepi dari houseofyumm.com


Blueberry Lemon Pound Cake

Kek yang sangat enak dengan gabungan rasa Blueberry dan Lemon.Disimbahi dengan sos lemon menambahkan lagi keenakan rasa kek ini.

Bahan-bahan kek:
1 cawan (200g) gula
1 sudu besar lemon zest
1+1/2 cawan (210g) tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh baking powder
1 cawan vanila greek yogurt
1/2 sudu teh perisa vanila
3 biji telur gred A
1 sudu besar jus lemon
1/2 cawan minyak sayur
1 cawan Bluberry dibersihkan dan dikeringkan
1/2 sudu besar tepung serbaguna

Bahan-bahan glaze:
Zest of lemon 
1 cawan gula aising
1+1/2 sudu besar jus lemon ( atau heavy cream )

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.Grease loyang 9x5 inci.
-Dalam bekas masukkan lemon zest dan gula.Gaul hingga zesg diselaputi gula sepenuhnya.
-Dalam mangkuk lain masukkan tepung,baking powder, garam dan zest yang disatukan dengan gula tadi.
- Dalam mangkuk lain, pukul telur dan masukkan yogurt,vanila,jus lemon dan minyak.Gaul sebati.
-Masukkan bahan basah kedalam bahan kering.Gaul sebati.Toskan blueberry bersama 1/2 sudu besar tepung.Masukkan blueberry dalam adunan.Gaul sebati.
-Tuang dalam loyang.Bakar 50 minit.Warna atas kek keperangan.Keluarkan dari oven.Sejukkan dalam loyang 10 minit.Terbalikkan loyang dan sejukkan kek atas redai.
- Cara sediakan glaze: Masukkan gula aising diikuti lemon zest.Tuang jus lemon.Kacau sebati.Masukkan heavy cream untuk mencapai kepekatan yang anda mahu.Tuang atas kek yang telah sejuk tadi.
- Kek boleh disimpan dalam suhu bilik selama 3-4 hari.

Resepi dari houseofyumm.com



Chocolate Velvet Cake

Kek coklat yang disaluti Coklat Buttercream.

Resepi ini dapat menghasilkan 2 lapis kek bersaiz 8 inci.

Bahan-bahan kek:
2+1/4 cawan tepung kek
2+1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
113g unsalted butter,suhu bilik
1+1/2 cawan (300g) gula
3oz unsweetened coklat,dicairkan dan disejukkan
2 biji telur
1/4 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 cawan susu coklat

Bahan-bahan Coklat Buttercream :
339g unsalted butter, suhu bilik
1+1/2 cawan vegetable shortening
1+1/2 serbuk koko
3-4 cawan gula aising
Hiasan: coklat shaving,raspberry segar, coklat cip, blueberry segar,Strawberry segar atau apa saja yang anda suka.


Cara-cara buat Kek Coklat Velvet:
-Panaskan oven 175 celcius.Grease loyang.
-Dalam mangkum masukkan tepung, baking powder dan garam.Kacau sebati guna sudu dan ketepikan.
-Dalam mangkuk lain masukkan butter dan gula.Pukul guna mixer hingga berkrim dalam 2 minit.Masukkan coklat cair dan telur.Pukul lagi.
-Dalam bekas kecil masukkan air panas dan baking soda.Kacau guna sudu dan masukkan dalam adunan butter tadi.Pukul sampai sebati guna spatula.
-Masukkan tepung kedalam adunan basah.Masukkan sedikit demi sedikit.Kacau sebati dan kaup balik adunan.Bahagikan adunan kepada 2 loyang.Bakar selama 30-32 minit.
-Biarkan sejuk dalam loyang 10 minit.Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.
-Jika ingin salut kek dengan cream kemudian boleh simpan dalam fridge.Caranya balut dengan plastik wrap dan simpan dalam fridge.Boleh tahan selama 5 hari.

Cara-cara buat Coklat Buttercream:
-Masukkan butter dan shortening dalam mangkuk.Putar dengan mixer hingga berkrim.Masukkan serbuk koko dan kacau guna spatula.Kemudian masukkan 1 cawan gula aising.Kacau guna spatula.Masukka lagi gula aising dan gaul sebati.Kemudian putar guna mixer.
-Untuk sapu pada kek,letak 1 lapis kek dan sapu cream.Letak lapisan ke 2 dan sapu keseluruhan kek dengan coklat buttercream.Ratakan guna spatula.Hias kek dengan coklat shaving dan blueberry segar.

Resepi dari thefirstyearblog


Raspberry Chocolate Kek

Kek coklat yang disaluti Raspberry Buttercream.

Resepi ini dapat menghasilkan 3 lapis kek saiz 6 inci atau 2 lapis kek saiz 8 inci atau 9 inci.

Bahan-bahan kek coklat:
1/2 cawan serbuk koko
1+1/2 cawan tepung serbaguna
1+1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
180g butter,suhu bilik
1 cawan (200g )+2 sudu besar gula
3 biji telur
1+1/2 sudu teh vanila 
2/3 cawan + 1/4 cawan sour cream
3 sudu besar semisweet coklat cip dicair dengan sedikit minyak.

Bahan-bahan Raspberry Buttercream:
339g unsalted butter,suhu bilik
1/2 cawan vegetable shortening
1/2 cawan Raspberry Jem tanpa biji
3 cawan  gula aising


Cara-cara buat kek:
-Panaskan oven 175 celcius.Grease loyang dan alas parchment paper.
-Dalam mangkuk satukan serbuk koko,tepung, baking powder, baking soda dan garam.Ketepikan.
-Dalam mangkuk lain masukkan butter dan gula.Pukul guna mixer hingga berkrim.Masukkan pula telur dan vanila.Pukul lagi.
-Kemudian masukkan sour cream dan coklat cair.Kacau sebati guna spatula.
-Masukkan adunan tepung kedalam adunan basah sedikig demi sedikit.Kacau rata.Kaup balik adunan.
-Bahagikan kepada 2 loyang jika guna saiz 8/9 inci.Atau bahagikan adunan kepada 3 loyang jika guna saiz 6 inci.Bakar selama 22 minit.Kemudian tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar 7-10 minit.
-Sudah masak sejukkan dalam loyang selama 10 minit.Alihkan atas redai dan sejukkan lagi.
-Jika ingin buat frosting kemudian, balut dengan plastik wrap dan simpsn dalam fridge.Boleh tahan selama 5 hari.

Cara-cara buat Raspberry Buttercream:
-Dalam mangkuk masukkan butter dan shortening.Putar guna mixer hingga berkrim selama 1-2 minit.
-Masukkan Raspberry Jem dan putar lagi.
-Masukkan gula aising 1 cawan demi 1 cawan hingga mencapai kepekatan yang anda suka.
-Untuk sapu pada kel, letak 1 lapis kek dan sapu buttercream.Anggaran dalam 1/3 -1/2 cawan buttercream untuk setiap lapis kek.Kemudian letak lapisan yang ke 2 dan sapu lagi buttercream.Sapu guna spatula keseluruhan kek.Simpan dalam fridge sebentar dalam 20 minit.Paip guna tip wilton 1M keseluruhan kek.

Resepi dari thefirstyearblog

Glazed Walnut Butter Cake

Kek mentega yang lembut .Tambahan walnut didalam kek dan disimbahi dengan glaze menambahkan lagi keenakan kek ini.

Bahan-bahan Kek:
1 cawan butter,suhu bilik
2+1/2 (300g) cawan gula
4 biji telur
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar
1/2 cawan walnuts, dicincang

Bahan-bahan Glaze:
1/4cawan butter,dicairkan
2 cawan gula aising
1 sudu teh vanila
2 sudu besar susu segar
1/2 cawan walnuts dicincang untuk tabur atas kek


Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.Grease loyang.
-Dalam mangkuk menggunakan mixer putar butter dan gula hingga berkrim.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul lagi.
-Masukkan tepung berselang seli dengan susu.Masukkan walnuts.Kacau hingga sebati.
-Bakar selama 1 jam.
-Untuk buat glaze:Pukul butter cair,gula aising,vanila dan susu.Tuang atas kek.Tabur walnuts.

Resepi dari therecipecritic


Tagalong Pound Cake

Tagalong Pound Kek adalah kek butter yang dilapisi peanut butter diatas dan disaluti coklat ganache.Anda boleh membuat sendiri pound kek ini atau beli yang ready made.

Bahan-bahan:
1 frozen pound kek
2 sudu besar butter
1/2 cawan peanut butter
1/3 cawan +2 sudu besar gula aising
1/2 sudu teh ekstrak vanila
4 oz coklat yang dicairkan


Cara-cara:
-Letak pound kek dalam dulang yang sudah dilapik parchment paper.Ketepikan.
-Satukan peanut butter dan butter dalam mangkuk.Cairkan butter dalam microwave selama 30 saat.Keluarkan dari microwave dan kacau sebati.Masukkan gula aising dan kacau lagi hingga sebati.
-Sapukan 1/2 peanut butter atas pound kek dan sejukkan dalam fridge 3 minit.Kemudian sapu lagi 1/2 peanut butter atas kek tadi.Ratakan peanut butter.Tuang coklat yang sudah cair keatas peanut butter tadi.Sejukkan.Sedia dinikmati.

Resepi dari iwashyoudry.com











Comments

Popular Posts