Donut
Coconut Donuts Topped with Chocolate Ganache and Toasted Coconut
Donut berperisa karamel, dicelup dalam coklat putih dan ditabur dengan serbuk kelapa.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh perisa karamel
1 biji telur
3 sudu besar minyak sayur
1 bar coklat putih+1/2 sudu besar shortening
Kelapa parut
Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Dalam mangkuk masukkan tepung,baking powder,garam dan gula.
-Dalam mangkuk lain whisk sebati telur,minyak dan karamel.Masukkan bahan kering kedalam bahan basah.Kacau sebati.
-Masukkan dalam piping bag, paip dalam loyang donut 2/3 penuh.Bakar selama 10-13 minit.
-Setelah masak keluarkan dari oven dan biar sejuk dalam loyang 10 minit sebelum dialih atas redai.
-Masukkan coklat putih dan shotrtening dalam mangkuk tahan panas dan masukkan dalam oven.Kacau hingga sebati.Keluarkan dari microwave dan biar sebentar.Kemudian celup donut.Tabur kelapa parut.
Nota: Resepi ini dapat menghasilkan 6 biji donut.
Resepi dari thefirstyearblog
Stuffed Peanut Butter Cups Donuts
Donut yang diadun bersama peanut butter cup dan dicelup coklat.Taburan peanut butter cup menambahkan lagi kelazatan donut ini.
Bahan-bahan donut:
1 cawan tepung serbaguna
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar susu segar
1 biji telur
1/2 sudu teh ekstrak vanila
3 sudu besar minyak sayur/canola
10 mini Reese peanut butter cup dicincang
Bahan Coklat untuk topping:
2/3 cawan coklat dicincang
1 sudu besar minyak sayur/canola
Bahan Peanut butter drizzle:
2 sudu besar peanut butter
1/2 sudu teh minyak sayur/canola
Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Dalam mangkuk masukkan tepung,garam,gula dan baking powder.
-Dalam mangkuk lain gaul sebati susu,telur, minyak dan vanila.
-Masukkan bahan kering kedalam bahan basah.Kemudian masukkan Reese peanut butter cup yang dicincang halus.
-Masukkan dalam piping bag.Paip dalam loyang donut 2/3 penuh.Bakar 10 minit.
-Sudah masak keluarkan dari oven dan biar sejuk dalam loyang 10 minit.Kemudian krluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.
-Cara buat peanut butter drizzle: Masukkan peanut bertama bersama minyak dalam mangkuk.Panaskan dalam microwave selama 1-2 minit.
-Cara buat coklat topping: Masukkan coklat dan minyak dalam mangkuk.Panaskan dalam microwave selama 1-2 minit.Kemudian celup donut.Drizzle atas donut dengan peanut butter guna sudu.Tabur Reese peanut butter cup yang dihancurkan sedikit.
Resepi dari thefirstyearblog
Oreo Overload Donuts
Donut yang diadun bersama oreo hancur.Disimbahi coklat putih dan ditabur oreo hancur.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar susu segar
1 biji telur
3 sudu besar ninyak sayur/canola
9 keping oreo yang dipecahkan agak halus
5-6 keping oreo yang dihancur untuk tabur atas donut
Coklat putih
Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Dalam mangkuk satukan tepung,baking powder, gula dan garam.
-Dalam mangkuk lain sebatikan telur, susu, vanila dan minyak.
-Hancurkan oreo.
-Masukkan bahan kering kedalam bahan basah.Gaul sebati.Masukkan oreo hancur.Kacau sebati.
-Masukkan dalam piping bag dan paip dalam loyang donut 2/3 penuh.
-Bakar selama 10 minit.
Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang 10 minit.Kemudian sejukkan atas redai.
-Cairkan coklat putih.Celup donut dalam coklat putih.Tabur oreo hancur.
Resepi dari thefirstyearblog
Double Dipped Chocolate and Blueberry Glaze Donuts
Donut yang disalut dengan blueberry dan coklat.Sangat sedap bersama gabungan coklat dan blueberry.
Bahan-bahan donut:
1 cawan tepung serbaguna
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar susu segar
1 biji telur
1/2 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu besar butter dicairkan
2 sudu besar minyak sayur/canola
Bahan blueberry glaze:
1/4 cawan blueberry segar, blender atau dihancurkan guna garfu
1-2 cawan gula aising
Zest dari 1/2 lemon
Bahan coklat ganache:
2/3 cawan coklat
1 sudu besar minyak sayur/canola
Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Masukkan tepung, garam,gula dan baking powder dalam bekas.
-Dalam mangkuk lain masukkan telur, susu, vanila dan minyak.Kacau sebati dan masukkan butter cair.
-Masukkan bahan basah kedalam bahan kering.Gaul sebati.Masukkan dalam piping bag.Paip dalam loyang donut 2/3 penuh.Bakar 10 minit.
- Apabila sudah masak biar dalam loyang 10 minit.Kemudian alih atas redai.
-Cara buat blueberry glaze:Kacau sebati blueberry puri,lemon zest dan gula aising.
- Cara buat coklat ganache: Masukkan coklat dan minyak dan panaskan dalam microwave.Kacau sebati.
-Celup donut dalam strawberry glaze.Biar sebentar dalam 3-4 minit.Kemudian celup coklat ganache.
Resepi dari thefirstyearblog
Caramel Coconut Donuts
Donut berperisa karamel,dicelup coklat putih dan ditabur kelapa parut.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh perisa vanila
1 biji telur
3 sudu besar minyak sayur
Coklat putih+1/2 sudu besar shortening
Kelapa parut
Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Masukkan tepung,gula,garam dan baking powder dalam mangkuk.Gaul sebati.
-Dalam mangkuk lain masukkan telur,perisa karamel dan minyak.Gaul sebati.
-Masukkan adunan kering kedalam adunan basah.Gaul sebati.
-Masukkan dalam piping bag dan paip dalam loyang donut 2/3 penub.Bakar selama 10 minit.
-Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang 10 minit sebelum disejukkan atas redai.
-Cairkan coklat putih.Caranya campur coklat putih dengan shortening dan masukkan dalam mangkuk yang tahan panas.Masukkan dalam mikrowave dan panaskan selama 1-2 minit.Kacau sebati.
-Keluarkan dari oven dan biar sejuk sebentar.Celup donut dalam coklat putih.Tabur kelapa parut atas donut.
Resepi dari thefirstyearblog
Lemon Coconut Donuts with Lemon Glaze
Donut berperisa lemon dan kelapa.Disimbahi dengan lemon glaze
Bahan Lemon Coconut Donut:
1 cawan tepung serbaguna
6 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar santan
1 biji telur
1/4 sudu teh ekstrak kelapa
1 sudu besar butter dicairkan
2 sudu besar minyak sayur/canola
1 sudu teh jus lemon
1 sudu besar lemon zest
Bahan Lemon Glaze:
1 cawan gula aising
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh lemon zest
Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Masukkan tepjng,garam,gula dan baking powder dalam mangkuk.
-Dalam mangkuk lain masukkan santan,telur,ekstrak kelapa,butter,minyak,lemon zest dan jus lemon.Sebatikan.Masukkan bahan kering kedalam bahan basah.Kacau sebati.Masukkan dalam piping bag.Paip dalam loyang donut 2/3 penuh.Bakar selama 10 minit.Sejukkan dalam loyang donut selama 10 minit sebelum disejukkan atas redai.
-Cara buat lemon glaze:Satukan semua bahan untuk lemon glaze dan kacau sebati.Celup donut dalam lemon glaze.
Resepi darj thefirstyearblog
Strawberry Cheesecake Donuts
Donut yang mengandungi strawberry dalam adunan dan disalut cream cheese dan Strawberry sos.
Bahan Donut:
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar susu segar
1 biji telur
1/2 sudu teh vanila
3 sudu besar minyak sayur/canola
1/4 cawan Strawberry dicincang
Bahan Cream Cheese Glaze:
113g cream cheese suhu bilik
1 cawan gula aising
1-2 sudu teh susu segar
Bahan Sos Strawberry :
1/3 cawan Strawberry potong dadu
1 sudu besar gula
Sedikit jus lemon
Cara-cara
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Dalam mangkuk satukan tepung,gula,garam dan baking powder.
- Dalam mangkuk lain satukan susu, minyak,butter dan vanila.Kacau sebati.
-Masukkan bahan kering kedalam bahan basah.Sebatikan.Masukkan strawberry yang dicincang.Kacau hingga sebati.Sudukan adunan dalam loyang donut.
-Bakar selama 10 minit.Sudah masak sejukkan dalam loyang sebelum dialih atas redai.
-Cara buat cream cheese glaze: Masukkan cream cheese dalam mangkuk dan putar guna mixer selama 1-2 minit hingga berkrim.Masukkan sush dan gula aising .Putar lagi.Celup donut dalam cream cheese.
-Cara buat sos strawberry: Satukan strawberry yang dipotong dadu,gula dan jus lemon kedalam periuk.Masak atas api sederhana.Adunan akan berbuih dan terbentuk seperti jus.Teruskan kacau sambil tekan strawberry bagi sedikit hancur.Masak hingga sos pekat.Ambil masa 5-7 minit.Drizzle atas donut.Tabur sikit strawberry cincang.
Resepi dari thefirstyearbloh
Double Chocolate Coconut Almonds Donuts
Donut berperisa coklat, disalut coklat ganache dan ditabur dengan almonds dan kelapa parut.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan serbuk koko
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar susu segar
1 biji telur
1/2 sudu teh vanila
1 sudu besar butter dicairkan
2 sudu besar minyak sayur/canola
Coklat ganache dan topping:
2/3 cawan coklat masakan dicincang
1 sudu besar canola/minyak sayur
3 sudu besar kepingan almonds
3 sudu besar kelapa parut
Cara-cara:
-Panaskan oven 165 celcius.Grease loyang donut.
-Hancurkan kepingan almond dan kelapa parut menggunakan jari.Campur kan almonds dan kelapa parut dalam bekas.
-Dalam mangkuk sebatikan tepung,garam,baking powder dan serbuk koko.
-Dalam mangkuk lain masukkan susu,telur, vanila, butter dan minyak.Kacau sebati.
-Masukkan bahan kering kedalam bahan basah.Kacau sebati.
-Masukkan dalam piping bag.Paip 2/3 penuh.
-Bakar 10 minit.Sudah masak biar dalam loyang sebelem dialih atas redai.
-Cairkan coklat masakan dengan minyak dalam microwave.Kacau sebati.
-Keluarkan coklat dari microwave dan biar sebentar.
-Celup donut dalam coklat dan tabur almond dan kelapa parut.
Resepi dari thefirstyearblog
Ombre Donut
Ombre donut adalah sejenis donut yang kaedah penyediaannya berbeza dari donut yang biasa kita makan.Ianya tidak menggunakan yis dan dimasak menggunakan oven seperti membakar kek dan biskut.Jadi kita tidak perlu menunggu untuk doh kembang baru boleb digoreng.Amat mudah!
Ombre Donut
Adunan ini dapat menghasilkan 30 biji mini donut kek.
Ombre Donut
Bahan-bahan Donut:
185g tepung naik sendiri
60g gula kastor
135g buttermilk
1 biji telur gred A
1 sudu teh vanila ekstrak
2 sudu besar minyak sayur
100g coklat masakan putih
Bahan glaze:
2 cawan (250g)gula aising
2.5 sudu besar susu
1 sudu teh perisa(vanila,lemon juice)
Pewarna gel
Sprinkles
Ombre Donut
Cara-cara buat donut:
-Panaskan oven 180 celcius.Grease donut pan.
-Cairkan coklat putih dalam microwave 30 saat.Sekali sekala kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.Sejukkan.
-Dalam mangkuk adunan lain masukkan telur,buttermilk,minyak,gula dan vanila.Pukul sebati.
-Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan basah.Kemudian masukkan coklat putih yang telah sejuk.Kacau sebati.
-Masukkan adunan dalam piping bag dan potong hujung beg sedikit.Paip dalam donut pan 2/3 penuh.Bakar 8-10 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dalam donut pan selama 5-10 minit.Kemudian baru alihkan donut atas redai untuk proses penyejukan.
Ombre Donut
Cara penyediaan glaze dan hiasan donut:
-Dalam mangkuk masukkan gula aising yang sudah diayak,susu dan perisa dan kacau hingga sebati.Cara penyediaan melalui kaedah double boiler.Kemungkinan anda perlu tambah susu hingga mencapai kepekatan yang diingini.
-Alihkan dari api dan boleh celup donut.Untuk ombre donut anda perlu letak pewarna dari lembut hingga warna terang.Tabur manik hiasan.
-Sedia dinikmati.
Ombre Donut
Kek donut sedap dimakan fresh.Tapi jika disimpan dalam bekas kedap udara didalam suhu bilik boleh tahan selama 3 hari.
Pastikan donut sejuk didalam donut pan sebelum dialih atas redai.
Donut ini rasa seperti kek tetapi bentuk seperti donut.
Donut Pan
Proses menghias donut
Bahan untuk buat ombre donut
Donut yang sudah siap dibakar
Proses penyejukan donut atas redai
Comments
Post a Comment