Cupcake dan Muffin

Pelbagai jenis cupcake yang pastinya membuat Liza terpersona.Itu tak termasuk dengan rasanya yang membuatkan anda semua pasti nak cuba.
Cupcake bukan sahaja sesuai untuk dijadikan hidangan untuk anak-anak,tetapi juga sesuai untuk santapan tetamu di majlis Hari Jadi,Baby Shower,Pertunangan,Hantaran dan juga goodies untuk tetamu dihari Perkahwinan.
Ini kerana hiasan cream diatas cupcake membuatkan cupcake ini nampak comel.Ditambah pula hiasan cream ini boleb mengikut tema warna majlis anda.


Funfetti Cupcake

Cupcake yang penuh dengan manik hiasan.Wahh...sungguh comel!

Bahan-bahan cupcake:
113g butter, suhu bilik
3/4 cawan(150g) gula
2 biji telur putih
3/4 cawan (180g) sour cream
1/4 cawan (60g) susu
1 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan (140g) + 2 sudu besar tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan manik hiasan 

Bahan-bahan buttercream:
226g butter, suhu bilik
1/2 cawan shortening
1 sudu teh ekstrak vanila
3-4 cawan (600-800g) gula aising
Manik hiasan 

Cara-cara buat cupcake:
-Panaskan oven 200 celcius.
-Dalam mangkuk adunan, masukkan butter dan gula dan pukul guna mixer selama 1-2 minit hingga kembang.Masukkan putih telur sebiji demi sebiji dan pukul guna spatula.
-Masukkan vanila,sour cream dan susu.Pukul guna mixer sebentar.
-Dalam mangkuk lain masukkan tepung, manik hiasan ,garam dan baking soda.
-Masukkan adunan tepung kedalam adunan basah tadi dan kacau sebati.
-Isi dalam paper cup dan bakar dengan suhu 200 celcius selama 5 minit.Selepas 5 minit turunkan suhu kepada 170 celcius dan teruskan bakar selama 8-9 minit.Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Cara-cara buat buttercream:
-Masukkan butter dalam mangkuk dan pukul guna mixer hingga berkrim dalam 2 minit.
-Kemudian masukkan vanila dan 2 cawan gula aising.Kacau dengan spatula.Masukkan lagi gula aising hingga capai kepekatan dan rasa manis yang sesuai.Pukul guna mixer.
-Masukkan dalam piping bag dan paip atas cupcake.Tabur manik hiasan.

Cookies and Cream Cupcake

Cupcake yang di hasilkan dari oreo.Creamnya juga adalah dari oreo.

Bahan-bahan:

Cupcake
113 g butter,suhu bilik
3/4 cawan cawan + 2 sudu besar gula
2 biji telur putih
3/4 cawan sour cream
1/4 cawan susu
1 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan + 2 sudu besar tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan oreo kisar kasar

Buttercream Oreo
226 g butter,suhu bilik
1/2 cawan shortening
1 sudu teh ekstrak vanila
2 cawan gula aising
1 cawan oreo yang dikisar halus

Cara-cara buat cupcake:
-Panaskan oven 205 celcius.
-Di dalam mangkuk adunan,satukan butter dan gula.Putar guna mixer dalam jangkaan 1-2 minit sehingga kembang.Masukkan putih telur,kacau menggunakan spatula.Kemudian masukkan sour cream,susu dan ekstrak vanila.Pukul kelajuan sederhana menggunakan mixer.
-Di dalam mangkuk adunan yang lain,satukan tepung,baking soda dan garam.
-Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan butter tadi.
-Masukkan oreo yang dikisar kasar tadi.Pukul lagi hingga sebati.
-Isikan kedalam cup 1/2 atau 3/4 penuh.
-Bakar pada suhh 205 celcius selama 5 minit dan turunkan suhu kepada 170 celcius dan bakar selama 8-9 minit.
-Sejukkan cupcake sebelum dihias dengan buttercream.
Cara-cara buat Buttercream:
-Di dalam mangkuk adunan satukan butter,shortening dan ekstrak vanila.Putar menggunakan mixer sehingga kembang.
-Masukkan gula aising dalam secawan demi secawan sambil putar mixer.
-Kemudian masukkan oreo yang dikisar halus tadi.Pukul sehingga sebati.Jika nampak terlalu pekat boleh tambahkan sesudu susu sehingga mencapai kepekatan yang disukai.
-Paip keatas cupcake.Boleh dihias dengan biskut oreo.

Resepi dipetik dari thefirstyearblog



Red Velvet Cream Cheese Muffin

Red Velvet Muffin yang sangat lembut dan sedap.Gabungan red velvet dan cream cheese dan taburan crumb diatas muffin.

1+1/4 cawan(175g) tepung serbaguna
3/4 cawan(150g) gula
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/3 cawan (75g) buttermilk
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan (120ml) minyak sayur
1 biji telur gred A , dipukul sedikit
112g cream cheese, suhu bilik
1+1/2 sudu teh pewarna merah 

Bahan-bahan serbuk (crumb topping):
1/2 cawan (100g) gula
1/2 cawan (70g) tepung serbaguna
2 sudu besar unsalted butter, potong cube

Cara-cara:
-Panaskan oven 190 celcius.
-Didalam mangkuk masukkan tepung, 1/2 cawan gula,baking powder dan garam.Ketepikan.
-Dalam mangkuk lain masukkan buttermilk,serbuk koko,pewarna,minyak dan telur.Pukul sebati.Masukkan adunan basah ini kedalam adunan.Pukul sebati.
-Didalam mangkuk lain pukul cream cheese dan 1/4 gula hingga sebati.Masukkan adunan cream cheese kedalam adunan tadi.Kacau dengan buat pusingan sedikit saja.Pastikan masih ada adunan red velvet dan cheese.Isi dalam paper cup dan susun dalam muffin pan.
-Untuk buat crumb topping:Satukan gula dan tepung didalam mangkuk.Masukkan butter yang sudah dipotong cube.Ramas dan gaul sehingga terbentuk seperti serbuk.Tabur diatas muffin tadi.
-Bakar selama 17-20 minit .Sudah masak biarkan sejuk sebentar dalam muffin pan dalam 10 minit sebelum dialih atas redai.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari therecipecritic


Devil's Food Cupcake

Bahan-bahan cupcake:
225g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
225g gula perang
225g unsalted butter,suhu bilik
2 biji telur , asingkan putih dan kuning
1 sudu tek essence vanila
115ml susu
2 sudu teh serbuk koko

Bahan-bahan Buttercream/ Icing:
115g unsalted butter,suhu bilik
1 sudu besar susu
115g coklat putih, dicairkan
1 sudu teh essence vanila
100g gula aising, diayak

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.
-Ayak tepung,baking powder dan serbuk koko dalam satu bekas.
-Dalam mangkuk lain putar butter dan gula hingga berkrim menggunakan mixer.
-Masukkan kuning telur satu per satu.Pukul lagi.
-Masukkan coklat yang sudah dicairkan dan essence vanila.Pukul sebati.
-Sementara itu dalam mangkuk lain pukul putih telur dengan mixer hingga kembang.Masukkan putih telur ini kedalam adunan butter.
-Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan basah tadi.Kacau sebati.
- Tuang kedalam paper cup dan bakar selama 20 minit.
-Sejukkan atas loyang sebentar sebelum dialih dan disejukkan atas redai.
-Cara buat buttercream/icing:Pukul butter dengan mixer hingga berkrim.Masukkan susu dan pukul hingga kembang.Kemudian masukkan coklat putih yang telah dicairkan dan essence vanila.Putar lagi.Akhir sekali masukkan gula aising dan putar lebih kurang 3 minit hingga mencapai adunan krim yang cantik.Masukkan dalam piping bag dan paip atas cupcake.Hias.

Resepi dari nectarandstone



Pandan Marble Cupcake

Chocolate Cupcake

Bahan-bahan cupcake:
1/3 cawan (33g) serbuk koko
1 cawan (140g) tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
113g butter,suhu bilik
3/4 cawan (150g) gula
2 biji telur
1 sudu teh ekstrak vanila
2/3 cawan (160g) sour cream
2 sudu besar coklat dicairkan

Bahan-bahan coklat buttercream:
113g butter,suhu bilik
1/2 cawan shortening
3/4 cawan (95g) serbuk koko
2-2.5 cawan (250-315g) gula aising

Cara-cara:
-Cara buat cupcake: Panaskan oven 175 celcius.Dalam mangkuk masukkan serbuk koko,tepubg, baking powder, baking soda dan garam.Gaul sebati.Dalam mangkuk lain masukkan butter dan gula dan putar guna mixer hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.Masukkan vanila.Pukul sebentar.Masukkan sour cream dan coklat cair.Kacau guna spatula hingga sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kzcau sebati.Scoop kedalam muffin cup dan bakar selama 17-25 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.
-Cara buat coklat buttercream : Putar butter dan shortening guna mixer hingga berkrim.Masukkan serbuk koko dan kacau guna spatula.Masukkan gula aising 1 cawan dan kacaj guna spatula dan masukkan lagi gula aising hingga capai kepekatan yang dikehendaki.Akhir sekali putar guna mixer sekejap.Letak dalam piping bag dan paip atas cupcake.

Resepi dari thefirstyearblog


Classic White Cupcake

Classic white cupcake ini boleh dihiasi dengan buttercream vanila atau buttercream coklat.Cupcake ini sangat sedap untuk penggemar kek berperisa vanila.

Bahan-bahan cupcake:
113g butter, suhu bilik
3/4 cawan(150g) + 2 sudu besar gula
2 biji putih telur
3/4 cawan sour cream
1/4 cawan(60g) susu
1 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan(140g)+2 sudu besar tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking soda
1/4sudu teh garam

Vanilla Buttercream:
226g butter,suhu bilik
1/2 cawan vegetable shortening
1 sudu teh ekstrak vanila
2-3 cawan(250-375g) gula aising
Sedikit susu atau heavy cream jika cream terlalu pekat

Chocolate buttercream:
226g butter,suhu bilik
1/2 cawan vegetable shortening
1 sudu teh ekstrak vanila
2/3 cawan(67g) serbuk koko
2 cawan(250g) gula aising
Sedikit susu atau heavy cream jika cream terlalu pekat

Cara-cara:
-Panaskan oven 190 celcius.
-Didalam mangkuk adunan pukul butter dan gula menggunakan mixer hingga kembang dengan anggaran masa 1-2 minit.Masukkan putih telur satu per satu dan pukul guna spatula.Masukkan sour cream , susu dan vanila.Pukul guna mixer .
- Dalam mangkuk adunan lain masukkan tepung,baking soda dan garam.Masukkan campuran tepung ini sedikit demi sedikit kedalam adunan butter.Pukul sebati.
-Isi dalam paper cup dan bakar suhu 190 selama minit.Selepas 5 minit turunkan suhu kepada 160 dan bakar selama 8-9 minit.Sudah masak keluarkan dari oven.
-Sejukkan cupcake atas redai.
-Vanilla buttercream:Di dalam mangkuk adunan masukkan butter,vanila dan shortening.Putar guna mixer hingga berkrim.Masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga mencapai cream yang licin.Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit susu.Boleh letak pewarna yang disukai.Sedia digunakan.
-Coklat buttercream:Didalam mangkuk adunan masukkan butter, shortening dan vanila.Putar dengan mixer hingga berkrim.Masukkan serbuk koko.Putar lagi.Kemudian masukkan gula aising dan putar hingga adunan krim licin dan cantik.Sedia digunakan.

Resepi dari thefirstyearblog


Rainbow Cupcake

Sungguh comel Rainbow Cupcake ini.Anda boleh sama ada ingin letak buttercream atau tidak.Yang pasti cupcake ini amat sedap ditambah pula dengan warna pelangi.


Rainbow Cupcake

Bahan-bahan cupcake:
1+1/2 cawan (210g) tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Secubit garam
1/2 cawan (113g) butter, suhu bilik
3/4 cawan (150g) gula kastor-boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 sudu kecil esen vanila
3 biji putih telur gred B, suhu bilik
3/4 cawan (180g) susu segar

Bahan-bahan fresh cream frosting:
2 cawan (480g) non dairy whip topping
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan (60g) gula aising

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 celcius.
-Dalam mangkuk adunan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.Ketepiman.
-Dalam mangkuk, pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu menggunakan mixer.Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai sebati gebu dan ringan.Masuk esen vanila.
-Perlahan kelajuan mixer kepada paling rendah dan masukkan tepung berselang seli dengan susu.Dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga
-Bahagikan adunan kepada 6 bahagian(6 warna).Letak dalam piping bag dan paip dalam papercup.Putar guna toothpick.
-Bakar selama 25 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
-Cara buat fresh cream frosting:Pukul whip cream hingga kental dan masukkan gula aising dan esen vanila.Pukul lagi hingga stiff.Sedia untuk paip atas cupcake.

Resepi dari azlitamasammanis



Red Velvet Cupcake

Red Velvet Cupcake yang sangat lembut dengan gabungan cream cheese topping.

Bahan-bahan cupcake:
3+1/3 cawan (415g) tepung kek
3/4 cawan (180g) unsalted butter,suhu bilik
2+1/4 cawan (450g) gula
3 biji telur gred A,suhu bilik
2 sudu besar pewarna merah
3 sudu besar serbuk koko
1+1/2 sudu teh vanila extract
1+1/2 sudu teh garam
1+1/2 cawan (340g) buttermilk
1+1/2 sudu teh cuka masakan
1+1/2 sudu teh baking soda

Bahan-bahan cream cheese frosting:
226g unsalted butter,suhu bilik
225g cream cheese
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh vanila extract
4+1/2 cawan (565g) gula aising
1 sudu besar susu

Cara-cara:
-Panaskan oven 160 celcius.
-Didalam mangkuk satukan butter dan gula.Pukul dengan mixer dengan kelajuan sederhana hingga kembang dalam anggaran masa 5 minit.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.Didalam mangkuk lain masukkan serbuk koko,pewarna dan vanila dan pukul sebati.Masukkan dalam adunan butter tadi.Pukul garam dan buttermilk.Masukkan dalam adunan butter .Masukkan dalam adunan butter secara berselang seli dengan tepung 3 kali.Dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.Dalam bekas lain satukan cuka masakan dan baking soda.Kemudia masukkan dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.
-Isi dalam paper cup dan bakar selama 17-18 minit.Jangan terlebih bakar.Dah masak sejukkan atas redai.
-Cara buat cream cheese frosting:Didalam mangkuk satukan butter, cream cheese, garam dan vanila.Putar hingga sebati.Masukkan gula aisibg dan pukul lagi.Jika terlalu pekat masukkan sesudu susu.Sedia untuk paip atas cupcake.

Resepi dari therecipecritic

Rosewater Cupcake

Bahan-bahan:
285g gula kastor
245g tepung gandum
1 sudu besar baking powder
Secubit garam
1 sudu besar ekstrak rose
240 ml susu
2 biji telur
80g unsalted butter,suhu bilik

Bahan Icing:
300g gula aising
100g unsalted butter, suhu bilik
2 sudu teh ekstrak rose
30ml susu

Cara-cara:
-Panaskan oven 190 celcius.
-Didalam mangkuk masukkan tepung yang sudah diayak,garam,gula dan baking powder.Prose ayak untuk menghasilkan cupcake yang lembut.Kemudian masukkan butter kedalam tepung tadi dan pukul guna mixer dengan kelajuan perlahan dan adunan akan terbentuk seperti serbuk.
-Didalam mangkuk lain pukul telur,susu dan rose ekstrak.Masukkan 2/3 adunan ini kedalam adunan tepung tadi dan pukul pada kelajuan perlahan.Kaup balik adunan.Tambah baki susu kedalam adunan tepung dan putar pada kelajuan tinggi.Scoop kedalam paper cup.Masukkan dalam oven dan bakar 20-23 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dan biar dalam muffin pan dalam 5 minit sebelum dialihkan atas redai.
-Cara penyediaan icing:Masukkan butter dan gula dalam mangkuk dan pukul.Sementara dalam bekas lain satukan susu dan rose ekstrak.Masukkan susu ini kedalam butter tadi dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan ringan.Masuk dalam piping bag dan paip atas cupcake.

Resepi dari nectarandstone


Chick Cupcake

Bahan-bahan:
225g tepung naik sendiri
225g gula kastor
225g unsalted butter,suhu bilik
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanila esen
Sedikit coklat butang dipotong 2 atau apa-apa coklat

Bahan Icing:
115g unsalted butter,suhu bilik
1 sudu besar susu
120g coklat putih dicairkan
115g gula aising diayak
Pewarna makanan
Manik hiasan

Cara-cara:
-Panaskan oven 175 celcius.
-Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk dan putar guna mixer hingga sebati.Scoop adunan dalam paper cup.Letak coklat yang dipotong separuh dalam adunan dan tutup sedikit dengan adunan tepung tadi.Bakar dalam 20 minit.Sudah masak keluarkan dari oven dzn biar sejuk dalam pan sebelum dialihkan atas redai.
-Cara penyediaan icing:Masukkan butter dan putar hingga berkrim.Tambah susu dan putar hingga kembang.Masukkan coklat putih cair dan vanila.Masukkan gula aising dan pukul hingga berkrim dan cantik.Masukkan dalam piping beg dan paip atas cupcake.

Resepi dari nectarandstone






Design cupcake ini dibuat oleh Nectar and Stone.Liza memang suka lihat hasil tangan beliau.Hasil yang dibuat amat kemas,unik dan menarik.Beliau merupakan cake designer yang sangat popular di Australia.Beliau juga turut menerbitkan sebuah buku.

Apple Cream Cheese Crumb Muffins

Muffin yang enak dengan gabungan Walnuts dan Epal dalam adunan.Gabungan cream cheese menambahkan lagi kelazatan Muffin ini.Ditambah dengan taburan serbuk butter dan cinnamon di atas Muffin.

Bahan-bahan Muffin:
2 cawan (280g) tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 cawan (200g) gula
2 biji telur
1 sudu teh vanila
1 cawan Epal dicincang
1/2 cawan Walnut dicincang

Bahan-bahan Cream Cheese:
6 oz cream cheese,suhu bilik
1/4 cawan gula

Bahan-bahan Crumb Topping:
1/3 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk cinnamon
1/4 cawan butter
2/3 cawan tepung serbaguna

Cara-cara:

-Panaskan oven 190 celcius.Sediakan muffin pan dan paper cup.
-Cara sediakan muffin : Dalam mangkuk, sebatikan tepung,baking powder,baking soda dan garam.
-Dalam mangkuk lain pukul butter,gula dan telur hingga sebati.Masukkan vanila, epal dan walnuts.Kacau hingga semua bergaul sebati.
-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan butter tadi.Sudukan kedalam paper cup.
- Cara sediakan cream cheese : Putar cream cheese, kuning telur dan gula hingga sebati.Sudukan keatas muffin yang telah diisi dalam paper cup tadi.
-Cara buat crumb topping : Dalam bekas masukkan butter,gula perang dan cinnamon.Kacau sebati.Masukkan tepung .Kacau adunan sehingga terbentuk seperti serbuk.Tabur crumb atas muffin.Tekan sedikit crumb.
-Bakar 20 minit.Biarkan sejuk dalam muffin pan 5 minit kemudian alihkan atas redai.

Resepi dari therecipecritic







Comments

Popular Posts