Tart dan Pie

Peanut Butter Cup Chocolate Pie
Wowww...sedapnye...ini kalau makan sedar tak sedar habis semua sorang je makan.


Bahan-bahan oreo crust:
1 paket oreo
60g butter,dicairkan

Bahan-bahan filling:
1 cawan peanut butter
113g cream cheese, suhu bilik
8 oz cool whip

Bahan-bahan coklat ganache:
225g coklat masakan
120ml heavy cream

Bahan-bahan topping:
Reese peanut butter cup,separuh potong dua lagi separuh dicincang kasar


Cara-cara penyediaan oreo crust:
-Masukkan oreo dalam blender, blend oreo hingga hancur.Masukkan dalam msngkuk dan tuang butter yang telah cair dan gaul sebati.Tuang dalam loyang pai saiz 10 inci.Sejukkan dalam fridge.

Cara-cara penyediaan filling:
-Dalam mangkuk, masukkan peanut butter dan cream cheese.Putar dengan mixer hingga sebati.Masukkan cool whip dan gaul guna spatula hingga sebati.Masukkan adunan cheese ini kedalam oreo crust dan sejukkan selama 30 minit.

Cara-cara penyediaan coklat ganache:
-Masukkan coklat dalam mangkuk.Manakala heavy cream dimasukkan kedalam periuk dan dipanaskan atas api perlahan sehibgga terbentuk buih buih kecil.Alihkan periuk dari atas api dan tuang kedalam coklat.Kacau sebati hingga semua coklat cair.Ketepikan dan biar sejuk kepada suhu bilik .Setelah sejuk tuang coklat ganache ini keatas adunan cream cheese tadi.

Cara-cara penyediaan topping:
-Peanut butter cup yang dipotong dua disusun mengelilingi pie.Manakala yang hancur ditabur atas pie.Sejukkan dalam fridge selama 1-2 jam.Tutup dengan aluminium foil.Keluarkan dari fridge dan biar sebentar sebelum dipotong.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Oreo Pie

Siapa peminat oreo jangan lepaskan peluang untuk mencuba Oreo Pie ini.Pie ini memang mewah dengan Oreo Cookies.


Bahan-bahan crust:
1 paket oreo
113g butter,dicairkan

Bahan-bahan filling:
225g cream cheese,suhu bilik
1 cawan(125g) gula aising
1 sudu teh ekstrak vanila
12 keping oreo, dihancurkan
8oz cool whip

Bahan-bahan coklat ganache:
225g coklat masakan
120ml heavy cream

Topping:
Biskut Oreo-separuh dibelah dua dan yang lain dihancurkan

Oreo Pie

Cara-cara penyediaan crust:
-Masukkan oreo dalam blender dan kisar hingga hancur.Tuang kedalam mangkuk dan masukkan butter yang telah dicairkan.Gaul hingga sebati dan masukkan dalam acuan pie ssiz 10 inci.Sejukkan dalam fridge.

Cara-cara penyediaan filling:
-Putar cream cheese dengan mixer dan masukkan gula aising dan dan vanila.Pukul hingga sebati.Masukkan oreo hancur dan cool whip.Kacau guna spatula.Tuang atas oreo crust yang telah disejukkan tadi.Ratakan dan sejukkan semula dalam fridge dalam 30 minit.

Cara-cara penyediaan coklat ganache:
-Masukkan coklat dalam mangkuk.Sementara itu masukkan heavy cream dalam periuk dan panaskan atas api perlahan hingga terbentuk buih buih kecil.Alihkan dari atas api dan tuang kedalam mangkuk yang berisi coklat tadi.Kacau hingga semua coklat cair dan sebati.Kemudian tuang coklat ganache ini keatas cream cheese yang telah disejukkan tadi.

Cara-cara penyediaan topping:
-Oreo yang telah hancur tadi ditabur atas coklat ganache.Manakala oreo yang dipotong dua disusun di atas coklat ganache bahagian tepi membentuk bulatan.
-Sejukkan semula didalam fridge selama 1-2 jam.Hendaklah ditutup dengan aluminium foil.
-Keluarkan dari fridge, biar sebentar di suhu bilik dan sedia dipotong.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Tiger Butter Tart

No Bake Tiger Butter Tart.Dengar nama no bake boleh terus cuba buat.Sebab ianya mudah kerana tak perlu bakar dalam oven.


Bahan-bahan crust:
10 oz oreos
113g unsalted butter,dicairkan

Bahan-bahan coklat ganache:
50g semisweet atau bittersweet coklat
3 sudu besar heavy cream

Bahan-bahan peanut butter filling:
227g coklat masakan putih,dicincang
120ml heavy cream
125g peanut butter

Tiger Butter Tart

Cara-cara penyediaan crust:
-Masukkan biskut oreo dalam blender.Blend hingga hancur.Keluarkan dari blender dan masukkan dalam mangkuk.Tuang butter yang telah cair dan gaul sebati.Masukkan kedalam loyang tart saiz 14×5 inci.Sejukkan dalam fridge.

Cara-cara penyediaan coklat ganache:
-Masukkan heavy cream kedalam periuk dan panaskan atas api perlahan hingga terbentuk buih buih kecil.Alihkan periuk dari atas api dan tuang keatas coklat yang telah dicincang.Kacau hingga kesemua coklat cair dan sebati.Ketepikan

Cara-cara penyediaan peanut butter filling:
-Masukkan coklat masakan putih kedalam mangkuk.Ketepikan.
-Sementara itu masukkan heavy cream kedalam periuk dan panaskan atas api perlahan hingga buih buih kecil terbentuk.Alihkan periuk dari atas api dan tuang kedalam coklat putih tadi.Gaul sebati hingga semua coklat cair dan sebati.Masukkan peanut butter sedikit drmi sedikit dan tuang atas crust yang telah disejukkan tadi.
-Manakala coklat ganache tadi masukkan dalam piping beg.Potong hujung sikit dan paip atas bancuhan peanut butter tadi.Gunakan toothpick dan swirl.Masukkan semula dalam fridge dalam 1 jam.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thecakemerchant

Strawberry Mousse Pie

Melihat Strawberry Mousse Pie sudah cukup membuat hati ini meronta-ronta ingin mencuba dan menikmati rasa pie strawberry.Ternyata untuk penggemar rasa strawberry anda tidak akan menyesal untuk mencuba.


Bahan-bahan crust:
125g biskut
55g gula perang
100g butter,dicairkan

Bahan-bahan strawberry mousse filling:
3 sudu besar jus lemon
1 paket gelatin
2 cawan strawberry segar
100g gula
480g heavy cream
2 sudu besar gula
Optional:Tambahan whip cream dan strawberry untuk hiasan.



Cara-cara penyediaan crust:
-Pecahkan biskut hingga hancur.Kacau sebati biskut,gula perang dan butter yang cair.Masukkan dalam loyang pie.Ratakan dan sejukkan dalam fridge selama 30 minit.

Cara-cara penyediaan strawberry mousse filling:
-Dalam mangkuk kecil masukkan jus lemon dan gelatin.Kacau sebati.
-Blender strawberry hingga hancur untuk dijadikan puree.
-Dalam periuk kecil, masukkan strawberry puree dan gula.Masak atas api yang perlahan.Masak hingga buih buih kecil terbentuk.Masukkan bancuhan gelatin tadi dan kacau dalam 1 minit.Tuang dalam mangkuk dan biarkan sejuk dalam suhu bilik dalam 20 minit.
-Dalam mangkuk lain , masukkan heavy cream dan 2 sudu gula.Pukul dengan mixer hingga kembang dalam masa 4-6 minit.Bila sudah kembang,masukkan strawberry puree tadi.Kacau sebati.
-Keluarkan crust dari fridge dan tuang strawberry mousse keatas crust.Ratakan.Jika ingin buat corak,simpan sikit strawberry puree tadi dan buat swirl atas mousse.Tutup pie dengan aluminium foil dan sejukkan dalam fridge 2 jam.
-Keluarkan dari fridge dan hiaskan dengan whip cream dan strawberry.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog


Mocha Mousse Tarts With Peanut Butter Cup Crumbles

Mocha Mousse Tarts yang sangat sedap!

Bahan-bahan mocha mousse:
1 cawan (240g) heavy cream
1 sudu besar gula aising
3 sudu teh vanila
1/2 sudu teh serbuk kopi segera
1 sudu teh serbuk koko

Bahan-bahan tart shells:
1 cawan (140g) tepung gandum
1/4 cawan (40g) gula aising
Secubit garam
5 sudu besar (70g) butter,dipotong kiub
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar air sejuk

Bahan-bahan topping:
10 biji peanut butter cup
Coklat cair untuk drizzle

Cara-cara penyediaan tart shells:
-Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung,garam,gula dan butter.Ramas menggunakan tangan sehingga butter tidak kelihatan dalam adunan.
-Dalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan air.Kacau dan kemudian masukkan dalam adunan tepung tadi.Uli hingga jadi doh dan balut dengan plastik wrap.Sejukkan dalam fridge selama 30 minit.
-Panaskan oven 165 celcius.
-Keluarkan doh dari fridge dan canaikan.Terap dengan acuan bulat dan masukkan dalam papercup yang disusun dalam muffin pan.Tekan adunan hingga terbentuk seperti mangkuk kecil.Bakar selama 20 minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan kemudian keluarkan dari muffin pan.

Cara-cara penyediaan mocha mousse:
-Dalam mangkuk adunan,satukan heavy cream,gula aising dan vanila.Pukul guna mixer sehingga kembang(dalam 5 minit).Masukkan kopi segera dan serbuk koko.Kacau guna spatula hingga sebati.Scoop kedalam tart shells.

Cara-cara penyediaan topping:
-Cincang peanut butter cup dan tabur atas tart.Kemudian drizzle coklat cair atas tart.
-Sedia dinikmati.

Resepi dari thefirstyearblog

Snickers Bar Pie

Pie yang amat mudah disediakan.Tidak perlu dibakar.Gabungan cheese , peanut butter dan coklat snickers membuatkan rasa pie ini amat sedap.

Bahan-bahan:
225g cream cheese , suhu bilik
1/2 cawan chunky peanut butter
1 cawan gula aising
8 oz cool whip
6 snickers bars, dicincang halus
Lapisan crust


Cara-cara:
-Dalam mangkuk masukkan cream cheese, chunky peanut butter dan gula aising.Putar hingga sebati.Kemudian masukkan cool whip dan snickers yang sudah dicincang halus tadi.Gaul sebati.
-Tuang keatas lapisan crust.Tabur snickers bar yang dicincang halus.Simpan dalam fridge 3 jam.



Comments

Popular Posts